Saturday 20 October 2012

9 FILEM ANIMASI JEPUN BOX OFFICE


Bagi peminat filem fantasi Jepun, adalah mustahil jika tidak pernah menonton salah satu daripada 9 filem fantasi yang disenaraikan. Filem-file.m ini adalah filem hot yang dihasilkan oleh pengarah-pengarah tersohor di Jepun. Filem ini disenaraikan berdasarkan tahun filem ini dianugerahkan Japan Academy Prize dan Animation Grand Award. Memenangi berbagai anugerah berprestij dan berjaya ditayangkan di seluruh dunia dengan kutipan mencecah jutaan ringgit. Jadi tidak menghairankan filem-filem ini adalah filem box office bukan sahaja di Jepun malah di US. Filem bukan berbentuk 3D tetapi dihasilkan dengan ilustrasi yang sangat cantik dan jalan penceritaan yang menarik. Rugi kalau tak tengok… 

Mainichi teribi o mimasu!!!


9. SUKAI KURORA - The Sky Crawlers (スカイ·クロラ

Animation Grand Award 2008
Diadaptasikan dari novel popular Jepun oleh Hiroshi Mori yang telah dijual lebih 8 juta naskah. Filem kerjasama antara pengarah Mamoru Oshii dan komposer musik Kawaii Kenji. The Sky Crawlers mengisahkan sekumpulan juruterbang muda yang bekerja di bawah satu syarikat yang terlibat dalam pertempuran udara dengan juruterbang syarikat lain. Parajurit muda  yang dikenali sebagai “Kildren” adalah klon yang sentiasa kembali bertempur walaupun telah dibunuh. Mereka juga telah ditakdirkan untuk hidup dalam keremajaan selama-lamanya.  Filem ini diterbitkan di Jepun di bawah Warner Bros Jepun telah memenangi Future Film Festival Digital Award di 65th Venice International Film Festival dan 3 anugerah di Catalonian International Film Festival. filem ini juga dalam pemilihan rasmi Helsinki International Film Festival dan Stockholm International Film Festival.

8. KARAFURU - Colorful (カラフル

Animatian Grand Award 2010
Filem animasi arahan Keiichi Hara berdasarkan dari novel dengan tajuk yang sama oleh Mori Eto. Watak yang tanpa nama, jadi dia dikenali sebagai “Boku” (bermaksud diri sendiri). Ketika sedang menunggu di dalam bilik untuk menuju ke  alam kematian, dia diberi peluang kedua untuk hidup semula oleh penjaga jiwa bernama Pura-pura.  Dengan menggunakan tubuh seorang budak lelaki berusia 14 tahun bernama Makoto Kobayashi yang telah membunuh diri,  “Boku” telah kembali ke dunia. Pura-pura menjadi permerhati Boku meminta dia mengingat kembali  dosa besar yang dia lakukan pada kehidupan yang lalu dan mencari punca kenapa Makoto membunuh diri. Dia diberi masa 6 bulan sebelum tempoh yang diberikan tamat oleh Pura-pura. Jika dia berjaya dalam program ini dia akan dibenarkan untuk hidup semula. Filem ini telah memenangi beberapa anugerah di Jepun antaranya di Japan Academy Prize, Mainichi Film Awards dan Annecy International Animated Film Festival.


7. HOTARUBI NO MORI E - Into the Forest of Fireflies' Light
    (蛍火の杜へ)

Animation Grand Ward 2011



Pengarah filem ini ialah Takahiro Omori dimana ia diadaptasi dari shojo manga. Ketika Hotaru Takegawa berusia 6 tahun, dia pernah tersesat di dalam hutan berhampiran dengan rumah pak ciknya. Dia telah bertemu dengan seorang lelaki misteri memakai topeng bernama Gin. Gin memberitahu Hotaru dia akan menghilang selamanya jika dia disentuh oleh manusia. Gin membantu Hotaru keluar dari hutan lalu Hotaru telah berjanji akan melawat Gin setiap tahun pada musim panas. Tahun berganti tahun Hotaru menjadi gadis yang matang dan perasaan cinta mulai mekar di antara mereka. Cerita ini berakhir apabila Gin tersilap menyentuh seorang pemuda yang meyelinap masuk ke dalam perayaan roh. Tayangan perdana untuk filem ini adalah di Scotland Loves Animation Festival pada tahun 2011 dimana telah memenangi Jury Prize dan memperolehi Anugerah Filem Animasi di Mainichi Film Awards.   

6. TOKI O KAKERU SHŌJO - The Girl Who Leapt through Time 
    (時をかける少女)

Japan Academy Prize 2007
Mengisahkan Kazuko Yoshiyama, yang memiliki keupayaan dalam pengembaraan masa. Ketika membersihkan makmal sains di sekolah Kazuko telah terhidu bau seperti lavender lalu pengsan. Selepas tiga hari kejadian aneh berlaku di sekitar Kazuko termasuklah kebakaran rumah Gorō selepas gempa bumi. Keesokkan paginya, pada masa yang tepat ketika kemalangan kereta, Kazuko telah kembali pada masa 24 jam yang lalu. Kazuko menceritakan pengalaman peliknya pada Kazuo Fukamachi and Gorō Asakura. Fukushima guru sains menerangkan kepada Kazuko keupayaannya sebagai "teleportation" dan "masa-lompat" lalu untuk mengetahui tentang kuasanya dia perlu kembali pada 4 hari yang lalu. Filem animasi arahan Mamoru Hosoda diadaptasikan dari novel sains fiksyen oleh Yasutaka Tsutsui. Filem  ini telah memenangi Gertie Award untuk filem animasi terbaik di Sitges International Film Festival of Catalonia, Japan Academy Prize, Japan Media Arts Festival, Tokyo International Anime Fair dan lain-lain anugerah berprestaj.

5. TEKKONKINKREET (鉄コン筋クリート)
 
Japan Academy Prize 2008
Versi English dikenali Tekkonkinkreet: Black & White menceritakan perjalanan hidup dua budak lelaki yatim sebagai budak jalanan di bandar Takaramachi. Kedua-duanya mempunyai creator berbeza dimana Kuro (Hitam) seorang yang cerdik manakala Shiro (Putih) adalah kebudak-budakan. Dikenali sebagai The Cats mereka mencuri, memukul dan terlibat dalam pergaduhan dengan yakuza bagi merebut kawasan di Treasure Town. Syarikat Kidday Kastle merancang untuk meruntuh dan membina semula Treasure Town sebagai taman hiburan. Kuro dan Shiro bersatu untuk menghalang daripada ianya berlaku. Filem yang diadaptasi dari manga bersiri oleh Taiyo Matsumoto telah diarahkan oleh Michael Arias. Ditayangkan di Jepun penghujung tahun 2006 telah memenangi anugerah berprestij iaitu Anugerah Filem Terbaik di Mainichi Film Award, Tokyo International Anime Fair dan Japan Academy Prize untuk Animasi Tahun 2008. 

4. GAKE NO UE NO PONYO - Ponyo on the Cliff by the Sea 
    (崖の上のポニョ)

Japan Academy Prize 2009
Kisah seekor ikan emas yang berhasrat untuk hidup di dunia manusia dengan lelaki yang disukai tetapi hasratnya telah ditentang oleh ayahnya iaitu Fujimoto. Secara terselindung Ponyo pergi ke dunia manusia dimana dia dibantu oleh obor-obor. Akhirnya dia terdampar di persisiran pantai lalu diselamatkan oleh seorang budak lelaki berusia 5 tahun bernama Sosuke. Ponyo adalah nama yang diberikan oleh Sosuke. Filem fantasi ini diarahkan oleh Hayao Miyazaki diilhamkan dari cerita dongeng yang ditulis oleh Hans Christian Anderson iaitu "The Little Mermaid". Ditayangkan di Jepun tahun 2008, US tahun 2009 dan Kanada tahun 2010 dan pernah menduduki tempat ke-9 carta filem box office di US. Filem ini telah memenangi beberapa anugerah antaranya Japan Academy Prize (2008), menang 5 anugerah di Tokyo Anime Awards dan telah bertanding 65th Venice International Film Festival. Keuntungan  ¥10 billion ($91 million) dalam bulan pertama dan meningkat kepada ¥15.0 billion ($153.1 million) selepas ditayangkan.


3. SAMĀ WŌZU - Summer Wars (サマーウォーズ)

Japan Academy Prize 2010
Kenji Koiso si genius matematik telah diajak oleh Natsuki Shinohara untuk melakukan kerja pada musim panas di kampungnya. Keluarga Natsuki adalah dari puak Jinnouchi pada era Muromachi dan meraka telah datang beramai-ramai bagi merai hari ulangtahun kelahiran neneknya Sakae yang ke-90 tahun. Akhirnya, Kenji tahu bahawa pekerjaan musim panas yang ditawarkan Natsuki adalah berpura-pura menjadi tunangnya. Tiba-tiba dia menerima permasalahan dalam matematik yang pelik dari telefon bimbitnya, tetapi tidak dapat menyelesaikan soalan itu walaupun dia merupakan seorang genius matematik. Nyata, penyelesaian untuk persamaan misteri itu boleh menyebabkan Oz program yang memengawal setiap aspek kehidupan digodam. Kenji harus menghentikan penggodam sebelum ia terlambat. Filem animasi pertama Jepun yang berjaya bersaing di Locarno International Film Festival Award di Switzerland. Di Jepun filem ini telah memperolehi anugerah di Japan media Arts Festival, Japan Academy Prize dan sebagainya. Filem sains fikseyen ini diarahkan oleh Mamoru Hosoda telah mendapat US$1,338,772 seminggu ia ditayangkan dan merupakan filem box office.


2. KARI-GURASHI NO ARIETTI - The Secret World of Arrietty 
    (借りぐらしのアリエッティ

Japan Academy Prize 2011
Kisah ini diambil daripada buku kanak-kanak The Borrowers yang ditulis oleh Mary Norton. Arrietty adalah manusia kecil berusia 14 tahun hidup bersama-sama kedua ibu dan bapanya  secara rahsia dalam ceruk rumah taman di pinggir bandar. Untuk mendapatkan bekalan makanan seperti kuib gula mereka mengambil dari tuan rumah secara senyap-senyap pada waktu malam. Pada musim panas datang seorang budak lelaki bernama Sho tinggal sementara di rumah tersebut. Kewujudan Arrietty disedari Sho dan berniat membantu dengan memberi mereka kiub gula dan meminjamkan rumah patung kepada mereka. Diarahkan oleh Hiromasa Yonebayashi dan skrip ditulis oleh Hayao Miyazaki dan Keiko Niwa, filem ini telah ditayangkan di Perancis, Amerika Utara, Korea Selatan dan Hong Kong dengan keuntungan $145 juta. Merupakan filem box office di Jepun pada tahun 2010 dengan kutipan sebanyak 1.35 juta yen dalam masa satu minggu. Keseluruhannya selepas ditayangkan filem ini memperolehi keuntungan sebanyak 3.5 juta yen dengan 3.7 juta penonton. Memperolehi anugerah di Japan 
Academy Prize dan Tokyo Anime Awards pada tahun 2011.


1. KOKURIKOZAKA KARA - From Up on Poppy Hill 
    (コクリコ坂から

Japan Academy Prize 2012
Diapadtasikan dari manga bersiri oleh Tetsuro dan Chizuru Takahashi. Filem yang diarahkan oleh Goro Miyazaki ini mengisahkan cerita yang berlaku di Yokohama pada tahun 1963 di mana plot cerita berkaitan dengan pelajar sekolah tinggi iaitu Umi Komatsuzaki.  Umi menguruskan rumah dan menjaga dua adiknya Sora dan Riku dan neneknya Hana kerana ibunya Ryoko pergi belajar di US. Setiap pagi dia kan menaikkan bendera ‘Safe Voyage’. Untuk memodenkan bandar, sekolah Umi akan dirobohkan dan mereka pelajar sekolah Umi telah menentang perobohan tersebut. Walaupun dari kelab persatuan berbeza mereke bersatu agar sekolah mereka dapat diselamatkan. Filem box office pada tahun 2011 dimana kutipan keuntungan mencecah 587,337,400 yen dan memenangi anugerah di Japan Academy Prize.

Ja mata ne...

***Kizuna In Da House***