Monday 14 January 2013

9 SUARA LATAR ANIMASI JEPUN

Peminat siri animasi popular Jepun mungkin tidak pernah terfikir untuk mengenali siapa pemilik suara latar bagi watak utama sesuatu siri animasi tersebut. Kebanyakan daripada mereka adalah  pelakon suara lelaki dan wanita yang berusia awal 40-an dan ke atas. Nama-nama yang disenaraikan dibawah adalah pelakon suara yang popular dan suara mereka banyak digunakan untuk siri animasi TV dan permainan video. Salute kepada mereka(pelakon suara) kerana berjaya menjiwa watak dengan berkesan sekali.
 Omedetou!!!


9. ISHII, LaSALLE DAN KANKICHI RYŌTSU

Kochikame
Kochikame adalah siri animasi komedi yang mengisahkan seorang polis cemerkap bernama Kankichi Ryotsu (Ryo-san). Ryo-san watak utama anime ini merupakan seorang Ketua Pegawai Rondaan Katsushika yang malas dalam melakukan tugasnya kerana lebih suka menghabiskan masa dengan merancang skim cepat kaya dan hasilnya akan dihabiskan dengan membeli alat mainan dan hiburan murahan. Pemilik suara latar bagi watak Ryo-san adalah Akio Ishii yang lebih dikenali sebagai Ishii, LaSalle merupakan seorang pelawak, pelakon suara dan pengarah teater yang berusia 57 tahun. Selain Kochira Katsushika-ku Kameari Kōen-mae Hashutsujo suaranya hanya boleh didengari untuk dua siri animasi TV lain iaitu Gintama (Mayuzon) dan G-Saviour (Gano). Beliau lebih memberi tumpuan kepada bidang lakonan dan pengarahan teater, jadi pelakon suara latar bukan bidang utamanya.

8. MAYUMI TANAKA DAN MONKEY D. LUFFY

One Piece
Watak utama anime One Piece adalah Monkey D. Luffy, seorang kapten lanun muda bagi Kumpulan Lanun Topi Jerami yang mempunyai kelebihan unik kerana boleh meregang dan memanjangkan badannya seperti getah. Sifat getah yang ada padanya diperolehi apabila dia secara tidak sengaja memakan buah syaitan Gomu Gomu (getah). Kerana sifat getah ini, sebarang serangan secara fizikal seperti tembakan peluru tidak memberi kesan kepada Luffy kerana getah adalah penebat. Suara latar Luffy dalam anime dimainkan oleh Mayumi Tanaka yang berusia 57 tahun dan berasal dari Tokyo. Suara Mayumi juga digunakan dalam anime popular seperti Ryuunosuke Fujinami dalam Urusei Yatsura, Pazu dalam Laputa: Castle in the Sky,Kuririn, Yajirobe dan Baba Uranai dalam Dragon Ball. Tiga puluh tujuh siri animasi TV telah menggunakan suara beliau dan dua daripadanya adalah watak utama. Suaranya juga juga boleh didengari dalam permainan video game seperti Super Robot Wars NEO (Ken Taiga).

7. JUNKO TAKEUCHI DAN NARUTO UZUMAKI

Naruto
Naruto Uzumaki adalah watak utama untuk siri animasi popular Naruto digambarkan sebagai remaja yang aktif, berambut cacak dan bermata biru. Dia selalu memakai jumpsuit berwarna Jingga dan pengikat kepala dimana dia memperolehinya dari Konohagakure kerana kedudukannya sebagai ninja. Suara latar siri animasi ini adalah Junko Takeuchi yang bekerja di bawah OGIPRO THE NEXT Co. Inc. Junko yang kini berumur 40 tahun menyumbangkan suaranya untuk watak lelaki  muda yang mempunyai personaliti sangat aneh dan bodoh. Selain watak Naruto, beliau juga menyumbangkan suara dalam Hunter x Hunter sebagai Gon Freecss.  Suaranya berperanan dalam siri animasi TV The Amazing World of Gumball sebagai Gumball Watterson dalam versi Jepun. Suara Junko telah dimainkan untuk 46 siri animasi Jepun dan 18 daripadanya adalah watak utama animasi. Telah menyanyikan  36 lagu animasi dan kebanyakan lagu tema Naruto dinyanyikan oleh beliau seperti   "Life Goes On" ,  "Naruto's Neko Song" dan sebagainya.

6. TARAKO ISONO DAN MOMOKO SAKURA

Chibi Maruko-chan
Momoko Sakura berperanan sebagai watak utama siri animasi TV Chibi Maruko-chan. Maruko adalah pelajar sekolah rendah tahun tiga yang berusia 9 tahun hidup bersama-sama dengan 6 ahli keluarganya yang miskin. Maruko seorang yang pemalas dan selalu lewat ke sekolah. Sebagai seorang budak kecil dia selalu mengelak daripada melakukan kerja sekolah dan kerja rumah. Walaupun begitu, dia adalah seorang yang mudah memahami dan sentiasa mencuba untuk membuat kebaikan. Suara Maruko adalah milik suara Tarako Isono (Tarako) yang kini berusia 52 tahun. Selain aktif dalam sebagai pelakon suara beliau juga seorang penyanyi dan penulis lagu di bawah Troubadour Musique Office. Sepanjang penglibatan sebagai pelakon suara, 21 siri animasi TV telah dijayakan oleh beliau. Noozles lagu temanya dinyanyikan oleh Tarako.

5. TAKESHI KUSAO DAN HANAMICHI SAKURAGI

Slam Dunk
Hanamichi Sakuragi adalah watak utama dalam siri animasi Slam Dunk. Sakuragi dilihat sebagai seorang yang sombong, kuat dan kadang kala lucu.  Dia merupakan ketua kumpulan “Sakuragi Legion” yang kuat dalam pergaduhan dan dibantu oleh empat sahabat iaitu Mito, Noma, Ohkusu dan Takamiya. Walaupun Sakuragi hebat dalam pergaduhan tetapi kelemahan terbesar Sakuragi adalah perempuan.  Sehinggalah pada satu ketika dia telah bertemu dengan Haruko Akagi yang  telah merubah hidupnya daripada sering bergaduh kepada pemain bola keranjang yang handal. Dianggap dirinya sebagai “Tensai Sakuragi” (handal) dan digelar “Red Head Monk” apabila di memotong rambut merahnya sehingga pendek yang kelihatan seperti sami. Takeshi Kusao menjadi pelakon suara latar untuk siri animasi ini. Takeshi kini berusia 47 tahun bekerja di bawah Aoni Production telah menjadi pelakon suara latar bagi 38 siri animasi popular seperti Ryo Sanada (Ronin Warriors), Yukimura Sanada (Sengoku Musou/Samurai Warriors) dan 14 daripadanya memegang pelakon suara latar watak utama. Suara beliau juga digunakan untuk filem aktor barat Leonardo DiCaprio dalam versi  filem JepunTitanic (Jack Dawson) Romeo + Juliet (Romeo) dan sebagainya. Beliau juga mempunyai bakat sebagai penyanyi bagi tema lagu animasi Odyssey, Kaze No Uta dan Knight Of Lodoss.

4. AKIKO YAJIMA DAN SHINNOSUKE NOHARA
     a.k.a Shin-chan

Chin-chan
Shinnosuke "Shin" Nohara watak utama dalam siri animasi Crayon Shin-chan adalah pelajar taska yang berusia enam tahun . Lebih dikenali sebagai Shin-chan yang bermulut celupar dan mempunyai tabiat buruk yang boleh memberi impak kepada ibu bapa, guru dan sesiapa sahaja dengan membawa malang dengan setiap apa yang dilakukannya. Akiko Yajima berperanan sebagai suara latar Shin-chan dilahirkan pada tahun 1967 dan  sebagai pelakon suara Jepun dari Kashiwazaki, Niigata Prefecture.  Sepanjang menjadi pelakon suara latar sebanyak 56 siri animasi telah dijayakan oleh beliau dan 20 daripadanya adalah suara watak utama.

3. MINAMI TAKAYAMA DAN CONAN EDOGAWA
    KAPPEI YAMAGUCHI DAN SHINICHI KUDO
 
Detective Conan
Shinichi Kudo watak utama Detective Conan digambarkan sebagai pelajar Sekolah Tinggi Teitan berumur 16 tahun pada permulaan siri animasi ini. Dia dikenali sebagai detektif muda yang pintar kerana berjaya menyelesaikan kes untuk pihak polis yang sukar diselesaikan dan dianggap ‘penyelamat pasukan polis’. Kemahiran sebagai penyiasat diperolehi melalui ayahnya Yusaku Kudo seorang penulis novel misteri yang terkenal. Kerana sangat teruja dengan kes misteri, dia telah membaca seluruh novel misteri yang ada di sekolahnya. Ayahnya juga sering membawa dia ke lokasi ke jenayah menjadi dia seorang yang peka kepada kes polis. Peristiwa malang berlaku kepada Shinichi apabila dia telah diberi pil yang telah mengecilkan tubuhnya oleh Organisasi Hitam. Mulai dari pada saat itu, Shinichi Kudo dikenali sebagai Conan Edogawa. Minami Takayama yang berasal dari Adachi, Tokyo merupakan penyanyi popular dan juga pelakon suara latar bagi watak Conan Edogawa.  Minami berusia 48 tahun telah terlibat sebagai pelakon suara latar untuk 55 siri animasi TV dan 19 siri animasi adalah pelakon suara latar untuk watak utama antaranya dalam Kiki's Delivery Service , Ranma ½ (Nabiki Tendo), Moomin as (Moomin), Nintama Rantarō ( Rantarō Inadera) dan sebagainya. Suara latar Shinichi Kudo pula dimainkan oleh Kappei Yamaguchi yang berusia 47 tahun.

2. MASAKAZU MORITA DAN ICHIGO KUROSAKI 

Bleach
Bleach, watak utama adalah seorang pelajar lelaki sekolah tinggi berusia 15 tahun bernama Ichigo Kurosaki. Ichigo dilahirkan secara semulajadi mempunyai rumbut berwarna Jingga dan sepasang mata berwarna coklat. Dia gemar memakai pakai yang mempamerkan nombor 15 kerana ia berkaitan dengan namanya dimana Ichi adalah 1 dan Go adalah 5 dalam sebutan bahasa Jepun. Kelebihan Ichigo ialah dapat melihat roh dan boleh bertukar menjadi shinigami di alam roh. Suara latar Ichigo dimainkan oleh Masakazu Morita yang merupakan pelakon suara dan pelakon drama berumur 40 tahun. Beliau juga merupakan DJ radio bagi rancangan Bleach B-Station. Selain siri animasi Bleach, Morita juga dikenali apabila suaranya berperanan sebagai Marco (One Piece), Tidus (Final Fantasy X), Auel Neider (Mobile Suit Gundam Seed), Pegasus Seiya (Saint Seiya Hades: Chapter Inferno), Troy Bolton ( untuk versi Jepun High School Musical dan High School Musical 2), dan Pod (Pocket Monsters). Suaranya sebagai Ichigo Kurosaki telah membawa kemenangan kepada beliau untuk kategori "Best Rookie Actor" bagi Seiyu Awards 2007. Morita telah menjayakan 30 siri animasi TV dimana 10 darinya adalah suara latar watak utama. Bakumetsu Renka Shinsengumi (Kondo Hasami)Datenshi no Amai Yuuwaku x Kaikan Phrase (Yoshihiko "Santa" Nagai) permainan video yang menggunakan suara Morita. Siri animasi Bleach untuk versi English suara latar Ichigo dimainkan oleh Johnny Yong Bosch dan versi Amarika Latin oleh Eduardo Garza.
 
1. CHISA YOKOYAMA DAN DORAEMON

Doraemon
Doraemon sebuah robot kucing berwarana Biru dicipta oleh Syarikat Matsushiba. Dia memiliki poket dimensi keempat di mana dia boleh memperoleh pelbagai jenis alatan, futuristik, dan mainan dari masa depan. Doraemon sangat mesra dan bijak tetapi menjadi panik pada waktu kecemasan. Dia telah dihantar oleh keturunan Nobita iaitu Sewashi pada abad ke-22 untuk membantu dan membimbing Nobita. Walaupun dilihat sebagai seekor kucing, Doraemon sangat takut kepada tikus dan makanan kegemarannya ialah dorayaki yang diperbuat daripada pes kacang merah. Suara latar watak Doremon adalah Chisa Yokoyama berusia 43 tahun yang merupakan pelakon suara dan penyanyi dari Tokyo. Ketika di sekolah tinggi, beliau menjadi pembantu di Jump Broadcasting Station dibawah Weekly Shōnen Jump (1988–1996). Suara Chisa juga dimainkan sebagai Sasami Masaki Jurai (Tenchi Muyo!), Lucrezia Noin (Mobile Suit Gundam Wing) dan Sakura Shinguji (Sakura Wars). Suara beliau boleh didengari dalam siri animasi dan permainan video. Sebelum Chisa, suara latar Doraemon adalah Kōsei Tomita (1973), Nobuyo Ōyama (1979~March 2005), dan Wasabi Mizuta (April 2005~).