Peminat siri animasi popular Jepun mungkin tidak
pernah terfikir untuk mengenali siapa pemilik suara latar bagi watak utama
sesuatu siri animasi tersebut. Kebanyakan daripada mereka adalah pelakon suara lelaki dan wanita yang berusia
awal 40-an dan ke atas. Nama-nama yang disenaraikan dibawah adalah pelakon
suara yang popular dan suara mereka banyak digunakan untuk siri animasi TV dan
permainan video. Salute kepada
mereka(pelakon suara) kerana berjaya menjiwa watak dengan berkesan sekali.
Omedetou!!!
9. ISHII, LaSALLE DAN KANKICHI RYŌTSU
![]() |
Kochikame |
Kochikame adalah siri
animasi komedi yang mengisahkan seorang polis cemerkap bernama
Kankichi
Ryotsu (Ryo-san). Ryo-san watak utama
anime ini merupakan seorang Ketua Pegawai Rondaan Katsushika yang malas dalam
melakukan tugasnya kerana lebih suka menghabiskan masa dengan merancang skim
cepat kaya dan hasilnya akan dihabiskan dengan membeli alat mainan dan hiburan
murahan. Pemilik suara latar bagi watak Ryo-san adalah
Akio Ishii yang lebih dikenali sebagai Ishii, LaSalle merupakan
seorang pelawak, pelakon suara dan pengarah teater yang berusia 57 tahun.
Selain Kochira
Katsushika-ku Kameari Kōen-mae Hashutsujo
suaranya hanya boleh didengari untuk dua siri animasi TV lain iaitu Gintama
(Mayuzon) dan G-Saviour (Gano).
Beliau lebih memberi tumpuan kepada bidang lakonan dan pengarahan teater, jadi
pelakon suara latar bukan bidang utamanya.
8. MAYUMI TANAKA DAN MONKEY D. LUFFY
![]() |
One Piece |
Watak utama anime
One Piece
adalah Monkey
D. Luffy,
seorang kapten lanun muda bagi Kumpulan Lanun Topi Jerami yang mempunyai
kelebihan unik kerana boleh meregang dan memanjangkan badannya seperti getah.
Sifat getah yang ada padanya diperolehi apabila dia secara tidak sengaja
memakan buah syaitan Gomu Gomu (getah). Kerana sifat getah ini, sebarang
serangan secara fizikal seperti tembakan peluru tidak memberi kesan kepada
Luffy kerana getah adalah penebat. Suara latar Luffy dalam anime dimainkan oleh Mayumi
Tanaka yang berusia 57 tahun dan berasal dari Tokyo. Suara
Mayumi juga digunakan dalam anime
popular seperti Ryuunosuke
Fujinami dalam Urusei Yatsura, Pazu dalam Laputa:
Castle in the Sky,Kuririn,
Yajirobe dan Baba
Uranai dalam Dragon Ball. Tiga puluh tujuh siri
animasi TV telah menggunakan suara beliau dan dua daripadanya adalah watak
utama. Suaranya juga juga boleh didengari dalam permainan video game seperti Super Robot Wars NEO (Ken Taiga).
7. JUNKO TAKEUCHI DAN NARUTO
UZUMAKI
![]() |
Naruto |
Naruto Uzumaki
adalah watak utama untuk siri animasi popular Naruto digambarkan sebagai remaja yang aktif, berambut cacak
dan bermata biru. Dia selalu memakai jumpsuit berwarna Jingga dan
pengikat kepala dimana dia memperolehinya dari Konohagakure kerana kedudukannya
sebagai ninja. Suara latar siri animasi ini adalah Junko Takeuchi yang bekerja
di bawah OGIPRO THE NEXT Co. Inc. Junko yang kini berumur 40 tahun
menyumbangkan suaranya untuk watak lelaki
muda yang mempunyai personaliti sangat aneh dan bodoh. Selain watak
Naruto, beliau juga menyumbangkan suara dalam Hunter x Hunter sebagai Gon Freecss. Suaranya berperanan dalam siri animasi TV The Amazing World of Gumball sebagai Gumball Watterson dalam versi Jepun. Suara
Junko telah dimainkan untuk 46 siri animasi Jepun dan 18 daripadanya adalah
watak utama animasi. Telah menyanyikan 36 lagu animasi dan kebanyakan lagu tema
Naruto dinyanyikan oleh beliau seperti
"Life Goes On" ,
"Naruto's Neko Song" dan sebagainya.
6. TARAKO ISONO DAN MOMOKO SAKURA
![]() |
Chibi Maruko-chan |
Momoko Sakura berperanan sebagai watak
utama siri animasi TV Chibi Maruko-chan.
Maruko adalah pelajar sekolah rendah tahun tiga yang berusia 9 tahun hidup
bersama-sama dengan 6 ahli keluarganya yang miskin. Maruko seorang yang pemalas
dan selalu lewat ke sekolah. Sebagai seorang budak kecil dia selalu mengelak
daripada melakukan kerja sekolah dan kerja rumah. Walaupun begitu, dia adalah
seorang yang mudah memahami dan sentiasa mencuba untuk membuat kebaikan. Suara
Maruko adalah milik suara Tarako Isono (Tarako) yang kini berusia 52 tahun. Selain aktif dalam sebagai pelakon suara
beliau juga seorang penyanyi dan penulis lagu di bawah Troubadour Musique Office. Sepanjang penglibatan sebagai pelakon
suara, 21 siri animasi TV telah dijayakan oleh beliau. Noozles lagu temanya
dinyanyikan oleh Tarako.
5. TAKESHI KUSAO DAN HANAMICHI SAKURAGI
![]() |
Slam Dunk |
Hanamichi Sakuragi adalah
watak utama dalam siri animasi Slam
Dunk. Sakuragi dilihat
sebagai seorang yang sombong, kuat dan kadang kala lucu. Dia merupakan ketua kumpulan “Sakuragi Legion” yang kuat dalam
pergaduhan dan dibantu oleh empat sahabat iaitu Mito, Noma, Ohkusu dan
Takamiya. Walaupun Sakuragi hebat dalam pergaduhan tetapi kelemahan terbesar
Sakuragi adalah perempuan. Sehinggalah
pada satu ketika dia telah bertemu dengan Haruko Akagi yang telah merubah hidupnya daripada sering bergaduh
kepada pemain bola keranjang yang handal. Dianggap dirinya sebagai “Tensai
Sakuragi” (handal) dan digelar “Red Head Monk” apabila di memotong rambut
merahnya sehingga pendek yang kelihatan seperti sami. Takeshi Kusao menjadi
pelakon suara latar untuk siri animasi ini. Takeshi kini berusia 47 tahun
bekerja di bawah Aoni Production
telah menjadi pelakon suara latar bagi 38 siri animasi popular seperti Ryo Sanada
(Ronin
Warriors), Yukimura Sanada
(Sengoku Musou/Samurai
Warriors) dan 14
daripadanya memegang pelakon suara latar watak utama. Suara beliau juga
digunakan untuk filem aktor barat Leonardo DiCaprio dalam
versi filem JepunTitanic (Jack
Dawson) Romeo + Juliet (Romeo) dan
sebagainya. Beliau juga mempunyai bakat sebagai penyanyi bagi tema lagu animasi
Odyssey, Kaze No Uta dan Knight Of Lodoss.
4. AKIKO YAJIMA
DAN SHINNOSUKE NOHARA
a.k.a Shin-chan
![]() |
Chin-chan |
Shinnosuke "Shin" Nohara watak utama
dalam siri animasi Crayon Shin-chan adalah pelajar taska yang berusia enam tahun .
Lebih dikenali sebagai Shin-chan yang bermulut celupar dan mempunyai tabiat
buruk yang boleh memberi impak kepada ibu bapa, guru dan sesiapa sahaja dengan
membawa malang dengan setiap apa yang dilakukannya. Akiko Yajima berperanan sebagai suara latar Shin-chan dilahirkan pada tahun 1967 dan sebagai pelakon suara Jepun dari Kashiwazaki,
Niigata Prefecture. Sepanjang menjadi
pelakon suara latar sebanyak 56 siri animasi telah dijayakan oleh beliau dan 20
daripadanya adalah suara watak utama.
3. MINAMI
TAKAYAMA DAN CONAN EDOGAWA
KAPPEI
YAMAGUCHI DAN SHINICHI KUDO
![]() |
Detective Conan |
Shinichi Kudo watak utama Detective Conan digambarkan sebagai pelajar Sekolah Tinggi
Teitan berumur 16 tahun pada permulaan siri animasi ini. Dia dikenali sebagai
detektif muda yang pintar kerana berjaya menyelesaikan kes untuk pihak polis
yang sukar diselesaikan dan dianggap ‘penyelamat pasukan polis’.
Kemahiran sebagai penyiasat diperolehi melalui ayahnya Yusaku Kudo seorang
penulis novel misteri yang terkenal. Kerana sangat teruja dengan kes misteri,
dia telah membaca seluruh novel misteri yang ada di sekolahnya. Ayahnya juga
sering membawa dia ke lokasi ke jenayah menjadi dia seorang yang peka kepada
kes polis. Peristiwa malang berlaku kepada Shinichi apabila dia telah diberi
pil yang telah mengecilkan tubuhnya oleh Organisasi Hitam. Mulai dari pada saat
itu, Shinichi Kudo dikenali sebagai Conan Edogawa. Minami Takayama yang berasal dari Adachi, Tokyo
merupakan penyanyi popular dan juga pelakon suara latar bagi watak Conan Edogawa.
Minami berusia 48 tahun telah terlibat sebagai pelakon suara latar untuk
55 siri animasi TV dan 19 siri animasi adalah pelakon suara latar untuk watak
utama antaranya dalam Kiki's Delivery Service , Ranma ½ (Nabiki Tendo), Moomin as (Moomin), Nintama Rantarō ( Rantarō Inadera) dan sebagainya. Suara latar Shinichi Kudo
pula dimainkan oleh Kappei
Yamaguchi yang berusia 47 tahun.
2. MASAKAZU MORITA DAN ICHIGO KUROSAKI
![]() |
Bleach |
Bleach,
watak utama adalah seorang pelajar lelaki sekolah tinggi berusia 15 tahun
bernama Ichigo
Kurosaki. Ichigo dilahirkan secara semulajadi
mempunyai rumbut berwarna Jingga dan sepasang mata berwarna coklat. Dia gemar
memakai pakai yang mempamerkan nombor 15 kerana ia berkaitan dengan namanya
dimana Ichi adalah 1 dan Go adalah 5 dalam sebutan bahasa Jepun. Kelebihan
Ichigo ialah dapat melihat roh dan boleh bertukar menjadi shinigami di alam
roh. Suara latar Ichigo dimainkan oleh Masakazu Morita yang
merupakan pelakon suara dan pelakon drama berumur 40 tahun. Beliau juga
merupakan DJ radio bagi rancangan Bleach B-Station. Selain siri animasi
Bleach, Morita juga dikenali apabila suaranya berperanan
sebagai Marco
(One Piece), Tidus
(Final Fantasy X),
Auel Neider
(Mobile Suit Gundam
Seed), Pegasus Seiya
(Saint Seiya Hades: Chapter Inferno), Troy Bolton ( untuk
versi Jepun High School Musical dan High School Musical
2), dan Pod (Pocket Monsters). Suaranya sebagai
Ichigo Kurosaki telah membawa kemenangan kepada beliau untuk kategori
"Best Rookie Actor" bagi Seiyu Awards 2007. Morita telah
menjayakan 30 siri animasi TV dimana 10 darinya adalah suara latar watak utama.
Bakumetsu Renka Shinsengumi (Kondo Hasami)Datenshi no Amai Yuuwaku x Kaikan
Phrase (Yoshihiko "Santa" Nagai) permainan video yang
menggunakan suara Morita. Siri animasi Bleach untuk versi English suara latar
Ichigo dimainkan oleh Johnny Yong Bosch dan versi Amarika Latin
oleh Eduardo Garza.
1. CHISA
YOKOYAMA DAN DORAEMON
![]() |
Doraemon |
Doraemon sebuah robot kucing berwarana Biru dicipta oleh Syarikat Matsushiba. Dia
memiliki poket dimensi keempat di mana dia boleh memperoleh pelbagai jenis
alatan, futuristik, dan mainan dari masa depan. Doraemon sangat mesra dan bijak
tetapi menjadi panik pada waktu kecemasan. Dia telah dihantar oleh keturunan
Nobita iaitu Sewashi pada abad ke-22 untuk membantu dan membimbing Nobita.
Walaupun dilihat sebagai seekor kucing, Doraemon sangat takut kepada tikus dan
makanan kegemarannya ialah dorayaki yang diperbuat daripada pes kacang merah. Suara latar watak Doremon
adalah Chisa Yokoyama berusia 43 tahun yang merupakan pelakon suara dan
penyanyi dari Tokyo. Ketika di sekolah tinggi, beliau menjadi pembantu di Jump Broadcasting Station dibawah Weekly
Shōnen Jump (1988–1996). Suara Chisa juga dimainkan sebagai Sasami
Masaki Jurai (Tenchi Muyo!), Lucrezia
Noin (Mobile Suit
Gundam Wing)
dan Sakura Shinguji (Sakura Wars). Suara beliau boleh didengari dalam siri
animasi dan permainan video. Sebelum Chisa, suara latar Doraemon adalah Kōsei Tomita (1973), Nobuyo
Ōyama (1979~March
2005), dan Wasabi Mizuta (April 2005~).