Bagi peminat filem fantasi Jepun, adalah mustahil
jika tidak pernah menonton salah satu daripada 9 filem fantasi yang
disenaraikan. Filem-file.m ini adalah filem hot
yang dihasilkan oleh pengarah-pengarah tersohor di Jepun. Filem ini
disenaraikan berdasarkan tahun filem ini dianugerahkan Japan Academy Prize dan
Animation Grand Award. Memenangi berbagai anugerah berprestij dan berjaya ditayangkan
di seluruh dunia dengan kutipan mencecah jutaan ringgit. Jadi tidak
menghairankan filem-filem ini adalah filem box office bukan sahaja di Jepun
malah di US. Filem bukan berbentuk 3D tetapi dihasilkan dengan ilustrasi yang
sangat cantik dan jalan penceritaan yang menarik. Rugi kalau tak tengok…
Mainichi teribi o mimasu!!!
9. SUKAI KURORA - The Sky Crawlers (スカイ·クロラ)
![]() |
Animation Grand Award 2008 |
Diadaptasikan dari novel
popular Jepun oleh Hiroshi Mori yang telah dijual lebih 8 juta naskah. Filem
kerjasama antara pengarah Mamoru Oshii dan komposer musik Kawaii Kenji. The
Sky Crawlers mengisahkan sekumpulan juruterbang muda yang bekerja di bawah
satu syarikat yang terlibat dalam pertempuran udara dengan juruterbang syarikat
lain. Parajurit muda yang dikenali
sebagai “Kildren” adalah klon yang
sentiasa kembali bertempur walaupun telah dibunuh. Mereka juga telah
ditakdirkan untuk hidup dalam keremajaan selama-lamanya. Filem ini diterbitkan di Jepun di bawah Warner Bros
Jepun telah memenangi Future Film Festival Digital Award di 65th Venice
International Film Festival dan 3 anugerah di Catalonian International Film
Festival. filem ini juga dalam pemilihan rasmi Helsinki International Film Festival dan Stockholm International Film Festival.
8. KARAFURU -
Colorful (カラフル)
![]() |
Animatian Grand Award 2010 |
Filem animasi arahan Keiichi Hara berdasarkan
dari novel dengan tajuk yang sama oleh Mori Eto. Watak yang tanpa nama, jadi
dia dikenali sebagai “Boku” (bermaksud diri sendiri). Ketika sedang menunggu di
dalam bilik untuk menuju ke alam
kematian, dia diberi peluang kedua untuk hidup semula oleh penjaga jiwa bernama
Pura-pura. Dengan menggunakan tubuh
seorang budak lelaki berusia 14 tahun bernama Makoto Kobayashi yang telah
membunuh diri, “Boku” telah kembali ke
dunia. Pura-pura menjadi permerhati Boku meminta dia mengingat kembali dosa besar yang dia lakukan pada kehidupan
yang lalu dan mencari punca kenapa Makoto membunuh diri. Dia diberi masa 6
bulan sebelum tempoh yang diberikan tamat oleh Pura-pura. Jika dia berjaya
dalam program ini dia akan dibenarkan untuk hidup semula. Filem ini telah memenangi
beberapa anugerah di Jepun antaranya di Japan Academy
Prize, Mainichi Film Awards dan Annecy International Animated Film Festival.
7. HOTARUBI NO
MORI E - Into the Forest of Fireflies' Light
(蛍火の杜へ)
![]() | |||
Animation Grand Ward 2011 |
Pengarah
filem ini ialah Takahiro Omori dimana ia diadaptasi dari shojo manga. Ketika
Hotaru Takegawa berusia 6 tahun, dia pernah tersesat di dalam hutan berhampiran
dengan rumah pak ciknya. Dia telah bertemu dengan seorang lelaki misteri
memakai topeng bernama Gin. Gin memberitahu Hotaru dia akan menghilang
selamanya jika dia disentuh oleh manusia. Gin membantu Hotaru keluar dari hutan
lalu Hotaru telah berjanji akan melawat Gin setiap tahun pada musim panas.
Tahun berganti tahun Hotaru menjadi gadis yang matang dan perasaan cinta mulai
mekar di antara mereka. Cerita ini berakhir apabila Gin tersilap menyentuh
seorang pemuda yang meyelinap masuk ke dalam perayaan roh. Tayangan perdana
untuk filem ini adalah di Scotland Loves Animation Festival pada tahun 2011
dimana telah memenangi Jury Prize dan memperolehi Anugerah Filem Animasi di
Mainichi Film Awards.
(時をかける少女)
![]() |
Japan Academy Prize 2007 |
Mengisahkan
Kazuko Yoshiyama, yang memiliki keupayaan dalam pengembaraan masa. Ketika
membersihkan makmal sains di sekolah Kazuko telah terhidu bau seperti lavender
lalu pengsan. Selepas tiga hari kejadian aneh berlaku di sekitar Kazuko
termasuklah kebakaran rumah Gorō selepas gempa bumi. Keesokkan paginya, pada
masa yang tepat ketika kemalangan kereta, Kazuko telah kembali pada masa 24 jam
yang lalu. Kazuko menceritakan pengalaman peliknya pada Kazuo Fukamachi and
Gorō Asakura. Fukushima guru sains menerangkan kepada Kazuko keupayaannya
sebagai "teleportation" dan "masa-lompat" lalu untuk
mengetahui tentang kuasanya dia perlu kembali pada 4 hari yang lalu. Filem
animasi arahan Mamoru Hosoda diadaptasikan dari novel sains fiksyen oleh
Yasutaka Tsutsui. Filem ini telah
memenangi Gertie
Award untuk filem animasi terbaik di Sitges International Film Festival of Catalonia, Japan Academy Prize, Japan Media Arts Festival, Tokyo International Anime Fair
dan lain-lain anugerah berprestaj.
![]() |
Japan Academy Prize 2008 |
Versi English
dikenali Tekkonkinkreet: Black & White menceritakan perjalanan hidup
dua budak lelaki yatim sebagai budak jalanan di bandar Takaramachi.
Kedua-duanya mempunyai creator berbeza dimana Kuro (Hitam) seorang yang cerdik
manakala Shiro (Putih) adalah kebudak-budakan. Dikenali sebagai The Cats mereka mencuri, memukul dan
terlibat dalam pergaduhan dengan yakuza bagi merebut kawasan di Treasure Town.
Syarikat Kidday Kastle merancang
untuk meruntuh dan membina semula Treasure Town sebagai taman hiburan. Kuro dan
Shiro bersatu untuk menghalang daripada ianya berlaku. Filem yang diadaptasi
dari manga bersiri oleh Taiyo Matsumoto telah diarahkan oleh Michael Arias.
Ditayangkan di Jepun penghujung tahun 2006 telah memenangi anugerah berprestij iaitu
Anugerah Filem Terbaik di Mainichi Film Award, Tokyo International Anime Fair
dan Japan Academy Prize untuk Animasi Tahun 2008.
4. GAKE NO UE NO PONYO - Ponyo on the Cliff by the Sea
(崖の上のポニョ)
![]() |
Japan Academy Prize 2009 |
Kisah seekor ikan
emas yang berhasrat untuk hidup di dunia manusia dengan lelaki yang disukai
tetapi hasratnya telah ditentang oleh ayahnya iaitu Fujimoto. Secara
terselindung Ponyo pergi ke dunia manusia dimana dia dibantu oleh obor-obor.
Akhirnya dia terdampar di persisiran pantai lalu diselamatkan oleh seorang
budak lelaki berusia 5 tahun bernama Sosuke. Ponyo adalah nama yang diberikan
oleh Sosuke. Filem fantasi ini diarahkan oleh Hayao Miyazaki diilhamkan dari
cerita dongeng yang ditulis oleh Hans Christian Anderson iaitu "The Little
Mermaid". Ditayangkan
di Jepun tahun 2008, US tahun 2009 dan Kanada tahun 2010 dan pernah menduduki
tempat ke-9 carta filem box office di
US. Filem ini telah memenangi beberapa anugerah antaranya Japan Academy Prize (2008),
menang 5 anugerah di Tokyo Anime Awards dan telah bertanding 65th
Venice International Film Festival. Keuntungan ¥10 billion ($91 million) dalam bulan pertama
dan meningkat kepada ¥15.0 billion ($153.1 million) selepas ditayangkan.
3. SAMĀ WŌZU - Summer Wars (サマーウォーズ)
![]() |
Japan Academy Prize 2010 |
Kenji
Koiso si genius matematik telah diajak oleh Natsuki Shinohara untuk melakukan
kerja pada musim panas di kampungnya. Keluarga Natsuki adalah dari puak
Jinnouchi pada era Muromachi dan meraka telah datang beramai-ramai bagi merai
hari ulangtahun kelahiran neneknya Sakae yang ke-90 tahun. Akhirnya, Kenji tahu
bahawa pekerjaan musim panas yang ditawarkan Natsuki adalah berpura-pura
menjadi tunangnya. Tiba-tiba dia menerima permasalahan dalam matematik yang
pelik dari telefon bimbitnya, tetapi tidak dapat menyelesaikan soalan itu
walaupun dia merupakan seorang genius matematik. Nyata, penyelesaian untuk
persamaan misteri itu boleh menyebabkan Oz program yang memengawal setiap aspek
kehidupan digodam. Kenji harus menghentikan penggodam sebelum ia terlambat.
Filem animasi pertama Jepun yang berjaya bersaing di Locarno International Film
Festival Award di Switzerland. Di Jepun filem ini telah memperolehi anugerah di
Japan media Arts Festival, Japan Academy Prize dan sebagainya. Filem sains
fikseyen ini diarahkan oleh Mamoru Hosoda telah mendapat US$1,338,772 seminggu ia ditayangkan dan
merupakan filem box office.
2. KARI-GURASHI NO ARIETTI -
The Secret World of Arrietty
(借りぐらしのアリエッティ)
(借りぐらしのアリエッティ)
![]() |
Japan Academy Prize 2011 |
Kisah ini diambil
daripada buku kanak-kanak The Borrowers
yang ditulis oleh Mary Norton. Arrietty adalah manusia kecil berusia 14 tahun
hidup bersama-sama kedua ibu dan bapanya
secara rahsia dalam ceruk rumah taman di pinggir bandar.
Untuk mendapatkan bekalan makanan seperti kuib gula mereka mengambil dari tuan
rumah secara senyap-senyap pada waktu malam. Pada musim panas datang seorang
budak lelaki bernama Sho tinggal sementara di rumah tersebut. Kewujudan
Arrietty disedari Sho dan berniat membantu dengan memberi mereka kiub gula dan
meminjamkan rumah patung kepada mereka. Diarahkan oleh Hiromasa Yonebayashi dan
skrip ditulis oleh Hayao Miyazaki dan Keiko Niwa, filem ini telah ditayangkan di Perancis, Amerika Utara, Korea Selatan
dan Hong Kong dengan keuntungan $145 juta. Merupakan filem box office di Jepun pada tahun 2010 dengan kutipan
sebanyak 1.35 juta yen dalam masa satu minggu. Keseluruhannya selepas
ditayangkan filem ini memperolehi keuntungan sebanyak 3.5 juta yen dengan 3.7
juta penonton. Memperolehi anugerah di Japan
Academy Prize dan Tokyo
Anime Awards pada tahun 2011.
1. KOKURIKOZAKA KARA - From Up on Poppy Hill
(コクリコ坂から)
![]() |
Japan Academy Prize 2012 |
Diapadtasikan dari manga bersiri oleh Tetsuro
dan Chizuru Takahashi. Filem yang diarahkan oleh Goro Miyazaki ini mengisahkan
cerita yang berlaku di Yokohama pada tahun 1963 di mana plot cerita berkaitan
dengan pelajar sekolah tinggi iaitu Umi Komatsuzaki. Umi menguruskan rumah dan menjaga dua adiknya
Sora dan Riku dan neneknya Hana kerana ibunya Ryoko pergi belajar di US. Setiap
pagi dia kan menaikkan bendera ‘Safe Voyage’. Untuk memodenkan bandar, sekolah
Umi akan dirobohkan dan mereka pelajar sekolah Umi telah menentang perobohan
tersebut. Walaupun dari kelab persatuan berbeza mereke bersatu agar sekolah
mereka dapat diselamatkan. Filem box office pada tahun 2011 dimana kutipan
keuntungan mencecah 587,337,400 yen dan memenangi anugerah di Japan Academy
Prize.
Ja mata ne...
***Kizuna In Da House***
Ja mata ne...
***Kizuna In Da House***
No comments:
Post a Comment