Saturday 24 November 2012

9 BOY BAND TERKENAL JEPUN

Boy band atau erti kata lainnya kumpulan vokal yang dianggotai oleh sekumpulan lelaki muda. J-POP adalah singkatan  pop Jepun merupakan genre muzik yang memasuki arus perdana musik Jepun pada tahun 1990-an. Tidak banyak boy band Jepun yang ada sekarang kerana kebanyakkan artis Jepun lebih berkecipung dalam bidang lakonan daripada nyayian. Nama-nama kumpulan yang disenaraikan di bawa adalah antara yang terus kekal bertapak dari awal tahun 1990-an dan yang baru meniti kejayaan. Lapan daripada sembilan boy band tersebut adalah digilap daripada Johnny & Associates, Inc. dan yang lainnya dari Pony Canyon. Ranking diberikan berdasarkan tahap kejayaan yang mereka kecapi dan bilangan anugerah yang diperolehi. 


9. KIS-MY-FT2 (キスマイフットツ)


Nama kumpulan diambil daripada setiap nama ahli kumpulan tersebut iaitu Hiromitsu Kitayama, Kento Senga, Toshiya Miyata, Wataru Yokō, Taisuke Fujigaya, Yūta Tamamori and Takashi Nikaidō (ni dalam Jepun bermaksud 2). Kumpulan ini asalnya mempunyai 8 ahli tetapi pada tahun 2006 Iida telah menarik diri dan ahli lainnya masih kekal sehingga sekarang. Konsert solo pertama mereka 2008 di Yokohama Arena dan di Stadium Yoyogi bersama-sama dengan A.B.C-Z. Akhirnya pada tahun 2010 lagu "Fire Beat" dan "Inori" telah diterbitkan. Masih dianggap baru bertapak di arena hiburan, kumpulan ini agak popular walaupun baru menghasilkan satu album dan tiga single telah berjaya mendapat Platium dari RIAJ.

8. TACKEY & TSUBASA (タッキー&)


Hanya terdiri daripada dua ahli kumpulan iaitu Hideaki Takizawa dan Tsubasa Imai. Karier mereka bermula sebagai penari latar pada usia 13 tahun dan menjadi hos untuk rancangan Gakibara Teikoku 2000 dan Music Enta. T&T pada asalnya mereka bergerak secara solo sehinggalah Tackey mengajak Tsubasa join "Johnny's Juniors First Concert" di Tokyo dan ia merupakan kali pertama mereka melakukan persembahan bersama iaitu pada tahun 2000. Tahun 2002, semasa Tackey di "Johnny's Juniors First Concert" dia telah meminta peminatnya menghantar poskad kepada Johnny & Associates untuk menyatakan sokongan bagi mengeluarkan debut duo bersama Tsubasa. Selepas satu tahun, Johnny & Associates mengumumkan mereka bergerak secara solo. Akhirnya pada tahun yang sama  Johnny & Associates mengumumkan meraka berdua akan berduet dengan album mini pertama dikeluarkan bertajuk Hatachi. Sehingga kini, T&T telah menghasilkan sepuluh single, lima album dan dua DVD. Lagu "Crazy Rainbow" dan "Mirai Koukai" menjadi lagu tema untuk animasi Jepun One Piece. Dilihat sebagai klon Kinki Kids, T&T boleh dikatakan popular dengan setiap tahun lagu dikeluarkan menduduki Oricon Top 200 Weekly.

7. KANJANI EIGHT (関ジャニ(エイト)
 

Kumpulan yang berasal dari Kansai mempunyai tujuh ahli  merupakan gabungan antara Kansai Juniors terdiri daripada Subaru Shibutani, Yuu Yokoyama, Shingo Murakami, Ryo Nishikido dan dari V.West Ryuhei Maruyama, Shota Yasuda, Tadayoshi Ohkura. Tahun 2001 Kanjani Eight mula meraih populariti dengan kemunculan mereka di majalah-majalah hiburan. Konsert pertama mereka "Kanjani Eight Xmas Party 2002" telah berlangsung pada bulan Disember 2002. Dalam tahun 2003, Nishikido dan Uchi dipanggil ke Tokyo untuk menjadi ahli kumpulan NEWS, kumpulan lain dari Johnny & Associates. Tahun 2011 Nishikido telah kembali menganggotai Kanjani Eight. Telah mengeluarkan lima album di antaranya adalah Puzzle dengan lagu "Wahaha!!" telah menduduki  tempat pertama carta Mingguan Oricon serta tangga ke-7 lagu popular tahun 2008 dan lagu terhangat di Billboard Japan. Sepanjang penglibatan Kanjani Eight telah menghasilkan lima album yang telah memperolehi Platinum dari Recoding Industry a Association of Japan (RIAJ). Juga berjaya mendapat Gold(RIAJ) untuk mini album Kansha ni Eight.

6. HEY! SAY! JUMP


Hey! Say! JUMP adalah gabungan dua kumpulan yang sedia ada Hey! Say! BEST dan Hey! Say! 7 di bawah Johnny & Associates dimana JUMP singkatan kepada Johnny’s Ultra Music Power. Terdiri daripada 9 ahli yang masih remaja dimana 4 ahli adalah dari Hey! Say! 7 dan 5 ahli dari kumpulan Hey! Say! BEST. Tahun 2007 kumpulan ini mengadakan konsert debut “Concert Ikinari!” di Tokyo Dome menjadikan mereka sebagai kumpulan termuda yang berjaya memgadakan persembahan di Tokyo Dome dengan lingkungan umur 15 tahun pada ketika itu. Akitivi tidak terhad kepada bidang nyanyian sahaja kerana rancangan hiburan Yan Yan JUMP juga dijayakan oleh kumpulan ini dan Johnny’s Juniors yang lain. Single mereka untuk tahun 2011 “Over” menduduki cari teratas single Oricon  dan 113,554 unit telah dijual pada hari pertama ia diterbitkan. Konsert Jelajah Asia pertama mereka diadakan secara bersiri di Taiwan, Korea Selatan dan Jepun. Selepas dua tahun album pertama “Jump No.1” diterbitkan, tahun 2012 “Jump World” adalah album ke-2 mereka. Kumpulan yang baru bertapak dalam bidang nyayian dengan sembilan single, dua album dan sembilan konsert berjaya dipersembahkan oleh kumpulan remaja ini. Boleh dikatakan agak popular kerana memperolehi dua anugerah JGDA.

5. KINKI KIDS


Dua ahli kumpulan sahaja Koichi Domoto dan Tsuyoshi Domoto. Kinki merupakan nama rantau kelahiran mereka. Pertemuan pertama mereka ketika konsert Hikaru Genji di Yokohama Arena tahun 1991. Nama Kinki Kids diberikan oleh ketua kumpulan SMAP Masahiro Nakai ketika mereka berdua kerap menjadi tetamu bagi rancangan Kiss Shita? SMAP. Debut duet tahun 1997 dengan single "Garasu no Shōnen" dan album A. Album dimana kedua-duanya telah dijual melebihi satu juta unit.  Sejak single “Garasu no Shonen” menjadi popular, mereka telah disenaraikan dalam Guinness World Records 2002 untuk single yang sentiasa menduduki carta teratas Oricon. Pada tahun 2007 sebagai merai ulang tahun ke-10 penubuhan kumpulan, album hit terbaik telah diterbitkan “San Kyu” (sebutan English ‘Thank You’) untuk penghargaan  kepada peminat mereka. Konsert secara besaran telah diadakan di Tokyo Dome dengan dihadiri 67,000 orang penonton telah mengalahkan rekod sebelum ini yang disandang oleh Tsuyoshi Nagabuchi. Penghasilan lagu-lagu kumpulan ini amat memberangsangkan kerana telah direkodkan sebanyak tiga kali dalam Guinness World Records sebagai single yang sentiasa menduduki tangga teratas carta musik secara berturut-turut. Walaupun begitu, kumpulan ini hanya meraih dua anugerah sahaja sepanjang penglibatan mereka dalam arena musik.

4. W-INDS


Terdiri daripada Keita Tachibana, Ryohei Chiba dan Ryuichi Ogata.  Pada awal Tachibana merupakan ketua kumpulan ini manakala Chiba dan Ogata adalah penari latar. Walaubagaimanapun permulaan kerjaya Chiba dan Ogata mulai berkembang apabila menjadi suara latar terutama untuk bahagian rapping untuk lagu mereka. Single pertama “Forever Memories” telah terjual sebanyak 216,590 unit dan persembahan secara langsung buat kali pertama di Asahikawa Medical University Medic Festival. Manakala single kedua “Feel the Fate” telah dikeluarkan pada tahun 2001 telah dipertandingkan dalam pertandingan antarabangsa di Yoyogi dan disaksikan oleh 7,000 peminat. Kemunculan pertama mereka dalam filem “Star Light” dimana tayangan perdana telah diadakan di Teater Ikebukuro. Tahun 2002, mereka telah mengadakan konsert jelajah untuk album pertama “1ST Message” di Shanghai dan tahun 2004 kumpulan ini merupakan artis pertama Jepun membuat persembahan di Mnet KM Music Festival Korea Selatan. Sweet Fantasy Tour telah diadakan tahun 2009 bukan sahaja di Jepun malah di Taiwan dan Hong Kong. Untuk kali pertama kumpulan tersebut telah mengunakan penari latar perempuan yang mana telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan peminat mereka dan akhirnya penari lelaki telah digunakan. Selain bergiat aktif sebagai penyanyi, ahli kumpulan ini juga merupakan DJ radio untuk slot ' Windy Street’ (ウィンズのWindy Street Uinzu no Windy Street). Kumpulan yang berjaya meraih populariti di China dan  di Hong Kong dengan memenangi 24 anugerah setiap tahun dari tahun 2001 sehingga tahun 2008.

3. KAT-TUN (カトゥーン


Nama kumpulan ini berdasarkan pada nama keluarga bagi setiap ahli kumpulan tersebut. Selepas pemergian Jin Akanishi pada tahun 2010, kumpulan ini masih mengekalkan nama KAT-TUN. Terkini lima ahli kumpulan terdiri daripada Kazuya KAmenashi, Junnosuke Taguchi, Koki Tanaka, Tatsuya Ueda, and Yuichi Nakamaru masih aktivi dalam dunia hiburan dan  lakonan. Konsert pertama tahun 2002 Okyakusama wa Kamisama - Concert 55man Nin Ai no Request ni Kotaete!! sebanyak 550,000 tiket telah dijual. Telah mencatatkan rekod di Jepun dengan mengadakan tujuh persembahan  dalam satu hari dan konsert yang berterusan pada setiap musim. Debut tahun 2006 Real Face telah dijual 754,234 dalam masa satu minggu sehingga meningkat melebihi satu juta pada minggu ke-9 menjadikan Real Face single paling tinggi dijual pada tahun tersebut. Cartoon KAT-TUN adalah rancangan hiburan yang dihoskan oleh ahli kumpulan tersebut telah ditamatkan pada tahun 2010 dan digantikan rancangan hiburan terbaru iaitu  KAT-TUN no Zettai Manetaku Naru TV. Boy band yang berjaya mengadakan lapan konsert di Tokyo Dome ketika Break The Records: By You & For You tour telah direkodkan dalam Guinness Book of World Records.


2. SMAP


SMAP adalah singkatan bagi Sports Music Assemble People mempunyai lima ahli iaitu Masahiro Nakai, Takuya Kimura, Goro Inagaki, Tsuyoshi Kusanagi dan Shingo Katori.  Debut pertama telah dikeluarkan pada tahun 1991 dan sehingga kini telah menghasilkan lebih daripada 40 buah single dan 20 buah album serta memenangi 14 anugerah dari JGDA antaranya Musik Video Terbaik. Kemuncak kejayaan SMAP bermula pada tahun 1993 melalui rancangan hiburan yang dihoskan oleh mereka iaitu “I Love SMAP” dan iikuti dengan pekembangan  kerjaya lakonan Takuya Kimura dalam drama TV “ Asunaro Hakusho” . Single “Yozora No Muko” tahun 1998 dan single “Lion Heart” tahun 2000 telah terjual melebihi satu juta unit. Selepas penglibatan Goro Inagaki  dalam kesalahan trafik, juga perkahwinan Takuya Kimura, kumpulan ini kembali aktif pada tahun 2003 dengan single “Sekai ni Hitotsu Dake no Hana” dimana single ini terjual melebihi 2.57 juta unit menempatkan kumpulan ini di nombor ke-19 jualan single tertinggi di Jepun dalam sejarah Oricon. Konsert pertama SMAP telah berlangsung di Shanghai  Stadium  dan single ke-45 “This is Love” menduduki tangga teratas Carta Minggu Oricon dengan single terjual sebanyak 276,000 unit.


1. ARASHI



Arashi bermaksud ribut dalam bahasa Jepun terdiri daripada lima ahli kumpulan iaitu Satoshi Ohno, Sho Sakurai, Masaki Aiba, Kazunari Ninomiya dan Jun Matsumoto. Persembahan pertama secara rasminya telah berlangsung di  Honolulu, Hawaii pada tahun 1999. Debut CD pertama telah dikeluarkan pada tahun yang  sama dengan single “Arashi” telah menjadi lagu tema kejohana Volleyball World Cup dimana Jepun menjadi tuan rumah. Konsert jelajah pertama diadakan di Osaka Hall bagi mempromosikan single ke-2 “Sunsire Nippon/Hirozan”. Tahun 2001, album studio pertama  Arashi No.1 Ichigou: Arashi wa Arashi o Yobu! telah diterbitkan dimana debut album tersebut dicarta nombor satu Album Mingguan Oricon dan dijual 267,220 unit. Tahun 2006 merupakan tahun bertuah mereka apabila single dan album mereka berjaya dipasarkan di Hong Kong, Korea Selatan, Thailand dan Taiwan. Lagu-lagu mereka telah mendapat sambutan di Korea dengan 10,000 unit habis dijual pada hari pertama ia dilancarkan. Single pertama untuk tahun 2007, “Love So Sweet” menjadi tema lagu bagi drama popular “Hana yori Dango 2” telah mengungguli carta harian dan mingguan Oricon. Merupakan single pertama yang berjaya dijual lebih 200,000 unit dalam masa satu minggu. Konsert besaran Arashi ‘Arashi Around Asia in Dome’ telah diadakan Kyocera Dome bagi meraikan kejayaan konsert jelajah Asia. Untuk tahun 2009, sebagai meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan kumpulan, konsert Arashi Anniversary Tour berlangsung di National Olympic Stadium di Tokyo. Arashi merupakan kumpulan yang berjaya meletakkan lagu-lagu mereka menduduki carta Oricon. Oricon telah menganugerahkan “Artist Top Sales” (ATS) Award dengan perolehan 14.46 billion yen bagi setiap single, album,DVD musik, dan kategori musik Blu-ray.
 

No comments:

Post a Comment