Thursday, 27 September 2012

9 CERITA FAIRY TALE YANG TELAH DIMODENKAN


Apa yang akan terlintas di fikiran anda ketika mendengar perkataan fairy tale?

Disney? Bahagia selama-lamanya? Bidadari? Putera idaman?


Cerita dongeng masa lalu sangat berlainan kerana pengakhiran cerita agak mengerikan bukannya happy ending. Untuk versi moden, syarikat seperti Disney telah mengubah cerita yang asal agar pengakhiran cerita sangat indah dan mengembirakan penonton atau pembaca. Cerita dongeng di bawah adalah cerita asal sebelum ianya diubah jalan penceritaannya.
 

1. THE PIED PIPER

Dongeng si Peniup Paip cerita mengenai sebuah kampung yang mempunyai banyak tikus. Datang seorang peniup paip ke kampung tersebut dan menawarkan diri untuk membersihkan kampung itu daripada serangan tikus. Penduduk kampung bersetuju untuk membayar sejumlah wang kepada lelaki tersebut dan dia pun melakukan kerjanya. Lelaki itu pun bermain musik dengan paipnya dan membawa semua tikus keluar dari kampung tersebut. Apabila dia pulang untuk mendapatkan ganjaran wang penduduk kampung tidak mahu membayarnya. Oleh kerana merasakan dirinya ditipu, dia telah bermain musik dan membawa kanak-kanak itu keluar dari kampung. Untuk versi moden, si peniup paip telah meletakkan kanak-kanak itu di dalam gua dan apabila penduduk kampung bersetuju untuk bayar dia akan melepaskan kanak-kanak itu. Mengikut cerita asal, peniup paip telah membawa kanak-kanak itu ke sungai untuk dilemaskan.

***Kalau dah berjanji tu, tunaikanlah janji ye.. nak pulak bab duit...

2.LITTLE RED RIDING HOOD

Once upon A time, there was a girl … with red riding hood. 

Cerita dongeng Little Red Riding Hood (si Tudung Merah), kebanyakan versi cerita yang biasa kita baca si Tudung Merah telah diselamatkan oleh si tukang kayu daripada dimakan oleh serigala. Tetapi mengikut cerita asal dari versi Perancis (oleh Charles Perrault) penghujung cerita adalah tidak begitu baik. Dalam versi asal, si Tudung Merah bertanya kepada serigala jalan ke rumah neneknya tetapi di beri jalan yang salah. Disebabkan kebodohan si Tudung Merah serigala telah mengambil kesempatan dengan memakannya. Di sinilah pengakhiran cerita di mana tiada tukang kayu, tiada nenek dan hanya serigala yang gemuk dan kematian si Tudung Merah.

***Moral dari cerita ini jangan percaya kepada orang yang kita tidak kenali.


3. THE LITTLE MERMAID
Dongeng Ikan Duyung pada tahun 1989 ia dikenali sebagai “Bohong Besar”. Dalam versi Disney, filem itu berakhir dengan Ariel si ikan duyung itu berubah menjadi manusia supaya dia boleh berkahwin Eric. Perkahwinan mereka sangat indah dengan dihadiri oleh manusia dan juga golongan ikan duyung. Tetapi, versi asal cerita ini (oleh Hans Chistian Andersen) si ikan duyung melihat putera mengahwini puteri dan dia sangat kecewa. Si ikan duyung mengambil pisau lalu menikam putera sehingga mati. Selepas menikam putera dia telah terjun ke dalam laut dan mati lalu bertukar menjadi buih. Hans Christian Andersen mengubah pengakhiran cerita untuk menjadikannya lebih baik. Bagi penghujung cerita yang diperbaharui, setelah bertukar kepada buih si ikan duyung menjadi ‘anak udara’ menunggu jalan ke syurga. Jadi, si ikan duyung tetap mati dalam dongeng tersebut.
***Macam lucu pulak tajuk sebenar Bohong Besar. Dah sah-sah la cerita nie memang tak logik.


4. SNOW WHITE
Dalam cerita dongeng Snow White kita biasa baca atau dengar Permaisuri mengarahkan pemburu membunuh Snow White dan membawa pulang hatinya sebagai bukti. Pada hal, si pemburu tersebut tidak sanggup untuk melakukannya dan telah membawa pulang hati babi sebagai bukti. Cerita yang dibawa oleh Disney tidak terlalu menyimpang pada cerita asalnya, tetapi elemen yang penting pada cerita asal adalah berbeza. Permaisuri sebenarnya mahukan hati dan paru-paru untuk dihidang sebagai makan malam. Juga dalam cerita asal, Snow White terjaga apabila dia terdengar suara kuda putera dan membawanya pulang ke istana dan ianya bukan ciuman seperti yang biasa kita ketahui. Untuk versi Grimm, pengakhiran cerita di mana Permaisuri dipaksa untuk menari sehingga mati dengan memakai kasut merah yang panas.
***Filem Snow White and the Huntsman pun best jugak.

5. SLEEPING BEAUTY

Once Upon a Time…there was a beautiful princess, who’s been cursed by a witch…
Cerita asal Sleeping Beauty, puteri tersebut telah tidur selepas jarinta tercucuk jarum pengait. Dia tidur selama seratus tahun sehingga putera datang, menciumnya, dan telah menyedarkannya dari tidur. Mereka jatuh cinta, berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya. Tetapi cerita sebenar tidak semanis yang kita sangka. Asal cerita adalah puteri tertidur disebabkan oleh ramalan bukannya terkena sihir. Dan bukan kerana ciuman yang membuatkan puteri terjaga kerana ianya sangat berbeza. Raja melihat perempuan itu tidur lalu merasa berahi dan merogolnya. Selepas sembilan bulan dia telah melahirkan dua orang anak manakala dia masih lagi tidak sedarkan diri. Salah seorang anaknya telah menghisap jarinya lalu sekeping flaks yang membuatkan tertidur telah terkeluar. Terjaga dari tidur dia mendapat tahu dirinya telah dirogol dan ibu kepada dua orang anak.
***Sadis benar cerita nie. Memang mengerikan...

6. GLODILOCKS AND THREE BEARS

Cerita yang sangat menenangkan hati iaitu si comel Goldilocks yang menemui rumah tiga ekor beruang. Dia telah mengelinap masuk ke dalam rumah tersebut dan memakan makanan, duduk di atas kerusi, dan akhirnya sekali dia tidur di atas katil beruang kecil. Apabila keluarga beruang pulang mereka menemui Goldilocks sedang tidur dan mengejutkan dia dari tidur. Kerana terkejut dia berlari keluar melalui tingkap. Kisah asal (yang sebenarnya hanya bermula 1837) mempunyai dua kebarangkalian. Versi pertama, beruang menjumpai Goldilocks lalu merobek dan memakannya. Versi kedua pula, Goldilocks sebenarnya adalah rubah tua yang melompat keluar tingkap apabila beruang mengejutkannya dari tidur. Cerita ini berakhir dengan Goldilocks patah leher setelah jatuh dari tingkap dan dihantar ke "Rumah Sakit".
***Rubah tua lagi logik untuk cerita nie...

7. HANSEL AND GRETEL

Kebanyakkan kita mengetahui versi Hansel dan Gretel adalah dua orang kanak-kanak yang telah sesat di dalam hutan, dalam pencarian jalan pulang mereka terlihat rumah dimana pemiliknya adalah si tukang sihir. Kanak-kanak tersebut telah ditangkap dan menunggu masa untuk dimakan. Mereka mencari jalan keluar dan telah mencampak si tukang sihir ke dalam api dan melarikan diri. “Kanak-kanak yang Hilang” adalah tajuk asal bagi cerita ini dalam versi Perancis, dan si tukang sihir adalah sangat kejam. Sekarang, cerita itu telah diubah di mana si tukang sihir diperbodohkan oleh kanak-kanak tersebut.
***Bayangkan rumah daripada coklat dan gula-gula. Emm.. memang sedap kut..

9. CINDERELLA
Cerita dongeng Cinderella versi moden yang kita ketahui Cinderella telah berkahwin dengan putera raja dan hidup bahagia selama-lamanya. Mengikut cerita asal pada abad pertama dimana Strabo’s sebagai heroin dipanggil Rhodopis bukan Cinderella. Ceritanya lebih kurang serupa dengan cerita sekarang kecuali terdapat kasut kaca dan buah labu. Rahsia di sebalik cerita yang indah itu adalah lebih sadis. Versi asal, kakak tirinya yang jahat telah memotong sebahagian kaki mereka bagi membolehkan mereka menyarung kasut tersebut dengan tujuan untuk menipu putera. Malangnya taktik mereka diketahui oleh putera dan mengarahkan dua ekor merparti mematuk mata kakak tirinya. Akhirnya mereka menjadi pengemis yang buta sepanjang hayat manakala Cinderella hidup kaya raya bersama putera di istana.
***Dah tak ingat. Banyak jugak versi yang berbeza-beza pernah baca...

Jangan mudah percaya pada orang yang membawa gossip buruk tentang diri kita. Takut cerita asal sudah diedit macam cerita dongeng di atas. Yang aku tau staff gov. banyak kaki kepoh... Sorry to say, but this it truth...

Hajimemashite*

Kizuna In Da House

No comments:

Post a Comment

Post a Comment