Keselamatan dan kesejahteraan sesebuah negara bukan sahaja bergantung
kepada politik dan ekonomi tetapi sistem pertahanan yang kukuh juga perlu
sebagai bukti kemajuan sesebuah negara. Sistem pertahanan yang kukuh
berdasarkan kepada kekuatan ketenteraan anggota pasukan dan penggunaan alatan
senjata serta tidak lupa kuasa tenaga nuklear yang kini menjadi saingan di
antara barat dan Asia. Perisikan juga berperanan penting dalam kejayaan
pelbagai fungsi ketenteraan. Senarai dibawah adalah negara-negara yang mempunyai
keupayaan pertahanan yang kuat dan saiz pasukan tentera terbesar di dunia.
9. TENTERA VIETNAM
8. TENTERA IRAN
7. TENTERA TURKI
6. TENTERA PAKISTAN
5. TENTERA INDIA
4. TENTERA KOREA UTARA
3. TENTERA RUSSIA
2. TENTERA CHINA
1. TENTERA AMERIKA SYARIKAT
(US)
Hampir 455,000 anggota tentera, Vietnam berada di
tangga ke-9 sebagai negara yang mempunyai pertahanan ketenteraan yang kuat.
Tiada keraguan untuk mengatakan bahawa tentera ini agak kuat dan berani. Fakta
ini telah dibukitkan melalui peristiwa Perang Vietnam yang berjuang
menentang Amerika Syarikat. Ketenteraan Vietnam telah ditubuhkan pada tahun
1944 dengan tujuan untuk menghalau keluar anggota tentera Jepun dan lain-lain
ancaman dari negara mereka. Awal penubuhannya, hanya mempunyai 1,000
anggota tentera sahaja. Pada masa Perang Vietnam, mereka cukup berpotensi untuk
memaksa Amerika Syarikat untuk meninggalkan negara mereka. Setiap tahun
dianggarkan bahawa kerajaan membelanjakan lebih daripada $ 2.5 bilion dalam
sektor pertahanan.
Tangga ke-8 milik
tentera Iran dengan hampir 523,000 anggota tentera. General John Abizaid
telah menyatakan bahawa tentera Iran adalah tentera yang paling kuat di Timur
Tengah. Dengan hampir 14 bahagian wilayah, lebih daripada 15 skuad tentera
udara dan wujud spekulasi bahawa tidak lama lagi Iran juga akan melangkah dalam
pembuatan teknologi nuklear. Komander tertinggi iaitu Ali Khamenei mengakui
Iran kini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu kuasa ketenteraan
paling strategik dan berkuasa di dunia. Menurut laporan yang dikeluarkankan
oleh Stockholm International Peace Research Institute, perbelanjaan ketenteraan
dan bajet Iran adalah hampir $ 9,174,000,000 pada tahun 2008. Anggaran yang
terbaru dijangkakan lebih tinggi. Walaupun pelbagai sekatan telah dikenakan ke
atas Iran dari pihak Amerika Syarikat dan pengikutnya, Iran masih berjaya untuk
mengukuhkan peralatan pertahanan dan unit pembuatan senjata.
Tentera Turki
menduduki tangga yang ke-7 dengan hampir 666,576 anggota tentera. Pada
zaman Perang Korea, tentera Turki telah benar-benar menunjukkan kekuatan dan
keupayaan pertahanan yang mereka miliki. Turki juga telah menjadi peserta aktif
pada tahun 2001 apabila Al-Qaeda telah terbukti bertanggungjawab bagi
pengeboman yang berlaku di Istanbul. Kebanyakan ahli tentera Turki telah
diwarisi selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah pada akhir Perang Dunia Pertama.
Dua tahun yang lalu Turki telah merekrut lebih hampir 200,000 individu, sekaligus
menjadikan ia salah satu tentera yang terbesar di dunia. Di samping itu,
kerajaan juga telah membelanjakan hampir $ 160 bilion dalam pelbagai projek
pembuatan kereta kebal, helikopter, peluru pepandu, kapal perang dan
sebagainya. Pada masa ini, Turki merupakan salah satu negara yang mempunyai
sistem persenjataan yang paling canggih dan menjadikannya salah satu pasukan
tentera terkuat di dunia.
Walaupun kakitangan
aktif Angkatan Bersenjata Pakistan adalah kurang daripada Turki, tetapi senarai
ini dibuat dengan melihat faktor saiz penambahan keupayaan pertahanan. Faktor
ini membolehkan Tentera Pakistan menduduki senarai ke-6. Menurut laporan yang
diterbitkan pada tahun 2010 oleh International Institute of
Strategic Studies , Pakistan mempunyai hampir 700,000 kakitangan aktif pada tahun
itu. Beberapa laporan lain telah menyatakan bahawa bilangan anggota adalah
lebih daripada angka yang dilaporkan. Pakistan sentiasa menjadi peserta aktif
dalam misi menjaga keamanan dan sentiasa bekerjasama dengan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tetapi kebanyakan negara terutama negara pertama
dunia melihat angkatan tentera Pakistan sebagai satu pasukan yang membimbangkan
kerana terdapat fakta bahawa teknologi nuklear Pakistan adalah salah satu yang
paling berkesan dan canggih di dunia.
India mengungguli tangga
ke-5 sebagai kasukan tentera yang kuat dengan hampir 1,325,000 anggota
tentera yang aktif. Setiap tahun kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang
besar bagi tujuan kemajuan dalam teknologi nuklear dan lain-lain dalam sektor
pertahanan. Angka yang tepat tidak diketahui dengan begitu tepat, tetapi telah
dilaporkan bahawa setiap tahun kerajaan melabur lebih daripada $ 45 bilion
dalam sektor ini. Dari segi bajet pertahanan, India adalah di tempat ke-8.
Tentera India adalah salah satu tentera yang paling berpengalaman dan terlatih
di Asia. Dengan keupayaan nuklear India merupakan salah satu daripada tujuh
negara yang mempunyai kuasa nuklear di dunia.
Tentera Korea Utara
dikenali dengan nama Tentera Rakyat Korea, walaupun ianya tidak termasuk
keseluruhan negara Korea. Ia diasaskan pada tahun 1932 dan sehingga kini masih
dipertimbangkan untuk menjadi salah satu negara yang paling kuat kedudukan
ketenteraannya di dunia. Kelebihan Korea Utara dari segi pertahanan adalah
kerana memiliki peralatan sivil yang canggih, senjata kimia dan pembuatan
senjata nuklear. Tambahan pula, negara ini mempunyai keanggota sebanyak hampir 7,700,000
serta tentera udara yang kuat dengan beberapa peluru pepandu yang paling
berbahaya di dunia Korea Utara layak menduduki di tangga ke-4. Angkatan
tentera negara ini sesungguhnya telah menimbulkan pelbagai cabaran untuk
beberapa negara terkuat di dunia seperti Amerika Syarikat, China, United Kingdom,
India dan lain-lain. Tiada siapa yang tahu jumlah sebenar yang telah
dibelanjakan ke arah sektor pertahanan tetapi terdapat spekulasi hampir 40%
daripada bajet negara diberikan kepada sektor pertahanan.
Tangga ke-3 milik negara
Rusia yang pernah dinobatkan sebagai negara kuasa terhebat dunia dan
berkemungkinan menjadi negara pembuatan senjata terbesar di dunia. Mempunyai
anggota tentera hampir 1,027,000. Pada tahun 2010, International Institute of Strategic Studies melaporkan bahawa bilangan ahli pasukan tentera lebih sedikit daripada
angka yang dilaporkan tetapi pada masa yang sama mereka juga telah menyatakan
bahawa angka ini akan dikurangkan selepas pembaharuan baru dibuat. Rusia
berkemungkinan menjadi negara yang mempunyai kuasa ketenteraan terbesar di
dunia dengan simpanan senjata nuklear dan peralatan senjata yang canggih. Dari
segi senjata nuklear, Rusia berada di belakang Amerika Syarikat.
Tentera Cina lebih
dikenali dengan nama Tentera Pembebasan Rakyat yang diasaskan pada tahun 1927
dan juga tentera terbesar di dunia. Dengan hampir 2,285,000 anggota
tentera dan dengan salah satu daripada peluru pepandu yang dilengkapi sistem
nuklear, China memang layak di tempat ke-2 dalam senarai. Tentera China juga
mengetuai kebanyakan negara dalam penggunaan senjata nuklear, peluru pepandu,
kereta kebal, helikopter, kapal tentera laut, senjata kimia dan kenderaan
sonik. Bajet yang kerajaan belanjakan untuk sektor pertahanan telah dianggarkan
lebih daripada $ 100 bilion, juga tersenarai di tempat ke-2 dari segi bajet
pertahanan yang tinggi. Dalam sejarah China peperangan yang tercetus, kejayaan
sentiasa dimiliki oleh negara China.
Dengan hampir 1,458,219
anggota tentera yang aktif dan memiliki senjata nuklear yang paling maju dan
dahsyat, Amerika Syarikat layak memiliki first prize. Dalam tahun
2011, kerajaan telah membelanjakan lebih daripada $ 600 bilion dalam sektor
pertahanan dan juga mengambil tempat pertama dari segi perbelanjaan pertahanan
yang sangat tinggi. Tidak dilupai bahawa tentera Amerika Syarikat telah didakwa
menggunakan senjata nuklear terhadap Jepun. Pembangunan senjata nuklear di
Amerika telah bermula pada zaman Perang Dunia ke-2 di bawah arahan Presiden
Roosevelt. Dalam tahun 1998, seperti yang ditegaskan oleh pelbagai laporan
rasmi, negara ini telah membelanjakan berbilion-bilion dolar dalam pembangunan
senjata nuklear. Amerika Syarikat masih merupakan skuad ketenteraan yang paling
kuat dan berkuasa di dunia.
Ada sedikit kemusykilan mengenai kekuatan tentera China. Memang China merupakan ekonomi kedua terbesar & paling ramai tentera di dunia tapi tu bukan semestinya China merupakan kuasa tentera kedua terkuat dunia. Sebenarnya kuasa kedua terkuat ialah Russia. China kelima iaitu di belakang UK & Perancis. Lagi satu China tak pernah menghasilkan kereta kebal, kapal perang, kapal selam & pesawat tempur. China cuma beli pesawat lama dari negara Barat, upgrade dan jual semula. Begitu juga dengan kapal perang. Mereka belum ada kemampuan untuk buat sendiri semua tu. Malah teknologi kapal selam China lebih ketinggalan berbanding Taiwan yang mana kapal selam China kena timbul dulu ke permukaan baru boleh lancar misil bebanding kapal selam Taiwan yang boleh lancar misil terus dari dasar laut. Kereta kebal yang China pakai pun sebenarnya dibeli dari Russia.
ReplyDelete