Saturday 13 October 2012

9 DRAMA DIADAPTASI DARI MANGA JEPUN

Apa yang akan terlintas di fikiran anda ketika mendengar perkataan Nihon



Anime? Manga? Yakuza? Drama TV?Hero yang hensem?

Jepun merupakan negara Asia yang banyak menerbitkan drama atau filem yang diadaptasikan daripada manga bersiri yang popular. Drama TV Jepun dikenali sebagai dorama menghasilkan berbagai jenis drama bersiri samada dalam bentuk komedi, cerita detektif, romantik, seram atau sebagainya. Bagi peminat fanatik manga adalah mustahil jika anda tidak pernah dengar atau baca manga yag hit seperti disenaraikan. Sembilan drama ini adalah drama yang diadaptasi daripada manga yang Kizuna minati. Kalau yang tak pernah baca tu, silakanlah baca kerana ianya sangat best. Tak payah beli manga ni, hanya download melalui website yang famous seperti stoptazmo.com. So, download jangan tak download.

Ittekimasu!!!

9. KUROSAGI - The Black Swindler (クロサギ)
 

 
Kurosagi dari manga Japan ditulis oleh Takeshi Natsuhara dan ilustrasi oleh Kuromaru. Manga bersiri ini menceritakan seorang remaja lelaki bernama Kurosaki seorang penipu yang hanya menipu penipu professional iaitu shirosagi. Korosaki menuntut pembelaan di atas tragedi yang menimpa keluarganya dimana ayahnya telah ditipu oleh shirosagi. Ayahnya membunuh diri dan telah membunuh ibu dan kakaknya. Matlamat Kurosaki membantu mangsa penipuan Shirosagi dengan mendapatkan semula wang mangsa yang ditipu. Telah mendapat Shogakukan Manga Award pada tahu 2008. Tahun 2006, manga Kurosagi telah diadaptasikan sebagai drama TV sebanyak 11 episod. Telah diterbitkan filem Kurosagi pada tahun 2008. Kurosagi dilakonkan oleh Tomohisa Yamashita sebagai watak utama dan dibantu oleh Horikita Maki.

***Bang! adalah style yang disebut oleh Kurosaki...

8. BLOODY MONDAY (ブラッディ · マンデイ)


 
Bloody Monday merupakan manga bersiri Jepun yang ditulis oleh Tadashi Agi dan ilustrasi oleh Megumi Kouji. Manga ini diterbitkan dalam Weekly Shōnen Magazine oleh Kodansha pada tahun 2007 hingga 2009. Mengisahkan tentang Fujimaru Takagi juga dikenali sebagai "Falcon"  merupakan hacker yang direkrut oleh Third-I( Public Security Intelligence Agency). Third-I meminta Fujimaru mendapatkan maklumat mengenai pembunuhan yang berlaku di Rusia dimana Peristiwa itu dikenali sebagai Christmas Massacre. Bloody Monday merupakan nama kod bagi peristiwa berdarah tersebut yang telah membunuh ramai orang melalui wabak virus biologikal yang disebarkan oleh pengganas. Oleh kerana terlibat dengan Third-I, Fujimaru mula diburu oleh pengganas yang bertanggungjawab menyebarkan virus tersebut iaitu Maya Orihara. Bloody Monday diadaptasikan dalam drama bersiri yang telah ditayangkan pada tahun 2008, dibintangi oleh Maruma Miura. Musim kedua Bloody Monday juga telah ditayangkan pada awal tahun 2010.

***Drama di mana penceritaan adalah sangat berbeza dari siri drama yang lainnya… 

7. OURAN HIGH SCHOOL HOST CLUB (桜蘭高校ホスト部)
 


Haruhi Fujioka merupakan pelajar perempuan juga pemegang biasiswa dari Ouran Academy yang berprestij. Tanpa disangka dia telah bertemu dengan enam lelaki yang merupakan kumpulan Host Club apabila dia memasuki Kelas Musik 3. Malang menimpa kerana dia telah memecahkan pasu antik yang bernilai ¥8,000,000 (US$80,000) dan untuk membayar ganti rugi tersebut dia dipaksa bekerja di Host Club sehingga hutangnya selesai. Penampilannya yang menyerupai lelaki tidak diketahui oleh ahli kelab tersebut dan bersetuju bekerja di Host Club untuk membayar hutang tersebut dengan segera. Identitinya sebagai perempuan telah diketahui ahli kelab dan bersepakat untuk merahsiakannya dari pengetahuan klien mereka. Tamaki Suou merupakan president Host Club sangat cemburu jika ada orang mendekati Haruhi. Dibantu oleh Kyoya Otori sebagai Timbalan President merangkap pengurus kewangan kelab, Hikaru dan Kaoru Hitachiin merupakan kembar seiras yang nakal, Haninozuka atau Hunny si comel yang kecil dan amat menggemari kek dan Takeshi Mori seorang yang cool juga merupakan penjaga Hunny. Drama TV Ouran Host Club telah keudara di Jepun pada tahun 2011dibintangi oleh Yusuke Yamamoto sebagai Tamaki Suou dan Haruna Kawaguchi sebagai Haruhi Fujioka.

***Juga terdapat dalam bentuk animasi… Boleh lihat dari Youtube… Saiko

6. ZETTAI KARESHI - Absolute Boyfriend (絶対彼氏)



Yuu Watase penulis manga Zettai Kareshi mempunyai 6 jilid. Manga ini diadaptasikan di Singapura dalam versi bahasa Mandarin dan English dimana jilid pertama dikeluarkan pada tahun 2005. Juga telah diterbitkan di Australia dan Amerika Utara. Manga bersiri ini telah diadaptasikan dalam 11 episod keudara di Jepun pada tahun 2008. Juga diterbitkan di Taiwan pada tahun 2012 dan dalam perancangan diterbitkan di Korea tidak lama lagi. Mengisahkan Riiko Izawa seorang perempuan yang tidak pernah mempunyai teman lelaki. Suatu hari telefon bimbitnya telah hilang dan panggilan dibuat telah dijawab oleh seorang lelaki. Riiko diminta untuk ke website Kronos Heaven dan telah menemui site menghasilkan pecinta sempurna lalu melakukannya. Keesokkan harinya, dia telah menerima tempahan dari syarikat Kronos Heaven yang merupakan seorang robot lelaki yang telah dihasilkan mengikut ciri-ciri yang dikehendakinya. Diberi nama Night Tenjo, kehidupan Riiko menjadi sedikit terganggu dan lama - kelamaan dia mula menerima kehadiran Night dalam hidupnya. Merasakan dirinya telah jatuh cinta pada Night tetapi pada masa yang sama juga menyukai Asamota Soshi iaitu pemuda di syarikat Riiko bekerja. Watak utama drama ini dilakonkan oleh Saki Aibu, Mokomichi Hayami dan Hiro Mizushima.

***Cream Puff yang sedap!!!

5. YAMATO NADESHIKO SHICHI HENGE - Perfect Girl Evolution 
     (ヤマトナデシコ七変化)



Manga bersiri oleh Tomoko Hayakawa ini dikenali The Wallflower. Telah diterbitkan di Amerika Utara oleh Del Rey Manga dan di Singapura diubah tajuk kepada  My Fair Lady oleh Chuang Yi. Manga ini mengisahkan Takano Kyohei pelajar kolej yang melakukan kerja part-time di sebuah restoran. Oleh kerana mempunyai wajah yang kacak, dia sentiasa mendapat perhatian daripada pelajar perempuan yang datang di restoran dan gangguan seksual daripada pengurusnya. Kerana sikap panas baran Kyohei telah menumbuk pengurus restoran dan dia telah dipecat. Miss Nakahara menawarkan penginapan asrama percuma sekiranya Kyohei, Toyama Yukinojo, Oda Takenaga dan Morii Ranmaru dapat menukar anak saudaranya Sunako kepada wanita. Mereka tinggal bersama di asama dengan misi untuk mengubah Sunako menjadi wanita. Walau bagaimanapun, Nakahara Sunako gadis yang tinggal di sana seorang perempuan pelik dan gemar menonton filem seram. Sunako berubah menjadi pelik kerana dia telah dikatakan hodoh oleh orang yang disukainya ketika di zaman sekolah menengah. Dia tidak suka kepada perkara-perkara yang indah dan mendapati hidungnya berdarah apabila melihat sesuatu yang cantik. Diadaptasikan ke drama TV pada tahun 2010 yang dibintangi oleh  Kamenashi Kazuya, Tegoshi Yuya dan Oomasa Aya, telah berjaya mendapat 6 anugerah.

***Dazzling adalah perkataan yang sering disebut Sunako…

4. BAMBINO! (バンビーノ!)



Drama yang diadaptasikan dari komik popular oleh Sekiya Tetsuji. Pada tahun 2008 komik ini mendapat Shogakukan Manga Award. Mengisahkan perjalanan hidup Ban Shogo sebagai seorang tukang masak di restoran Itali bernama Trattoria Baccanale. Ban Shogo seorang yang bersemangat dan sombong telah bekerja di Baccanale untuk meningkatkan kemahiran memasak dalam penyediaan makanan Itali. Di Baccanale, Ban mendapati dirinya bukan sehebat yang disangkakan dan mula belajar serta mahu membuktikan kepada pekerja lain. Menempuhi kehidupan sebagai pekerja di restoran yang sibuk banyak mengajar Ban untuk menjadi lebih matang dan berusaha untuk merealisasikan impiannya menjadi tukang masak professional. Bambino! dilakonkan oleh Matsumoto Jun sebagai Ban Shogo. Drama ini mempunyai 11 episod telah ditayangkan di United States, Kanada dan Puerto Rico dan mendapat 4 anugerah selepas ia ditayangkan pada tahun 2007.

***Bene!!! Apabila menerima pesanan makanan…

3. HANAZAKARI NO KIMITACHI E - For You in Full Blossom 
     (花ざかりの君たちへ)



Diadaptasikan dai manga bersiri Jepun iaitu Hana Kimi oleh Hisaya Nakajo. Manga ini mempunyai 23 jilid. Juga telah diterbitkan dalam versi bahasa English di US oleh Vid Media dengan jilid akhir diterbitkan pada 2008. Siri manga ini mengisahkan Mizuki Ashiya, anak kelahiran Jepun tinggal di US. Melalui pertandingan sukan yang disiarkan di televisyen dia telah mengenali Izumi Sano iaitu peserta lompat jauh. Mizuki sentiasa mengikuti perkembangan kerjaya Sano .Kerana tertarik pada Sano, dia telah berpindah ke Jepun dan mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar lelaki di Sekolah Tinggi Osaka (sekolah lelaki). Menggunakan identiti sebagai lelaki Mizuki dapat mendekati Sano untuk memberi sokongan kepada Sano supaya aktif semula dalam sukan lompat jauh. Oleh kerana dirinya perempuan, berbagai-bagai cara digunakan bagi mengelak indentiti dirinya terbongkar. Dibintangi oleh Horikita Maki, Shun Oguri dan Ikuta Toma drama ini mempunyai 12 episod. Telah mendapat sambutan hangat di Jepun melayakan drama ini memenangi 6 anugerah juga dilakonkan semula di Taiwan sebagai Hanazakarino Kimitachihe dan Korea sebagai  To the Beautiful You.

***Jepun adalah yang terbaik dalam mengadaptasikan Hana Kimi…

2. NOBUTA WO PRODUCE - Producing Nobuta  
     (野ブタ。をプロデュース)



Telah ditayangkan pada tahun 2005 diadaptasikan dari buku yang ditulis oleh Gen Shiraiwa. Drama ini menceritakan kehidupan 3 orang pelajar sekolah tinggi iaitu Shuji Kiritani, Akira Kusano dan Kotani Nabuko. Kedatangan Kotani di sekolah tersebut telah menjadikan kehidupan Shuji dan Akira lebih beerti dan menghargai zaman remaja mereka. Penampilan Kotani sebagai pelajar perempuan yang pemalu dan tiada keyakinan diri menjadikan dia sebagai objek untuk diubah suai oleh Shuji dan Akira. Nabuta adalah nama Kotani selepas dia bersetuju untuk mengubah dirinya untuk menjadi pelajar perempuan popular di sekolah. Dibintangi oleh aktor popular Jepun Kamenashi Kazuya(Shuji), Yamashita Tomohisa (Akira) dan Horikita Maki (Nabuta) menjadikan drama ini popular di Jepun. Mendapat 7 anugerah selepas ia ditayangkan pada tahun 2005. Tema untuk drama ini is "Seishun Amigo" dinyayikan oleh Kamenashi Kazuya dan Yamapi menduduki carta teratas Oricon Chart 2005 dan telah terjual melebihi 1 juta.

***Bye…cycle!BYE...BYE...CYCLE!!! adalah trademark Shuji…  Sangat lucu…

1. GOKUSEN (ごくせん)


Diadaptasikan daripada manga bersiri popular Jepun oleh Kozueko Marimoto, Gokusen mengisahkan Yamaguchi Kumiko merupakan cucu ketua Yakuza dan jenerasi ke-4 Kuroda Ikka Kuroda. Kumiko seorang guru perempuan sekolah tinggi lelaki dan guru kelas 3-D yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang bermasalah dari segi moral. Watak utama drama ini dibintangi oleh Yukie Nakama sebagai Yamaguchi Kumiko dan dibantu oleh aktor-aktor popular Jepun antaranya Matsumoto Jun, Oguri Shun, Kamenashi Kazuya, Akanashi Jin dan Haruma Miura. Gokusen ditayangkan secara bersiri dimana terdapat Gokusen 1 (2002), Gokusen 2 (2005), Gokusen 3 (2008) dan Gokusen the Movie (2009). Gokusen adalah salah satu drama popular Jepun dengan memenangi 6 anugerah dalam industri perfileman bagi setiap tahun ia dikeluarkan. Gokusen amat menarik kerana bukan sahaja drama berbentuk komedi malah ia juga tentang semangat setiakawan, kekeluargaan dan kepercayaan seorang guru kepada pelajarnya. Juga mengguna kekuatan dan kelebihan yang ada untuk melindungi diri sendiri dan orang yang disayangi.

***Ojou adalah panggilan boss dalam versi yakuza... Yakuza yang terkenal adalah Yamaguchi-gumi yang benar-benar wujud...


DOMO

***Kizuna In Da House***



















1 comment: