Thursday 4 October 2012

9 KUASA PERTAHANAN TERHEBAT DI DUNIA


Keselamatan dan kesejahteraan sesebuah negara bukan sahaja bergantung kepada politik dan ekonomi tetapi sistem pertahanan yang kukuh juga perlu sebagai bukti kemajuan sesebuah negara. Sistem pertahanan yang kukuh berdasarkan kepada kekuatan ketenteraan anggota pasukan dan penggunaan alatan senjata serta tidak lupa kuasa tenaga nuklear yang kini menjadi saingan di antara barat dan Asia. Perisikan juga berperanan penting dalam kejayaan pelbagai fungsi ketenteraan. Senarai dibawah adalah negara-negara yang mempunyai keupayaan pertahanan yang kuat dan saiz pasukan tentera terbesar di dunia.


9. TENTERA VIETNAM


Hampir 455,000 anggota tentera, Vietnam berada di tangga ke-9 sebagai negara yang mempunyai pertahanan ketenteraan yang kuat. Tiada keraguan untuk mengatakan bahawa tentera ini agak kuat dan berani. Fakta ini telah dibukitkan melalui peristiwa Perang Vietnam  yang berjuang menentang Amerika Syarikat. Ketenteraan Vietnam telah ditubuhkan pada tahun 1944 dengan tujuan untuk menghalau keluar anggota tentera Jepun dan lain-lain ancaman dari negara mereka. Awal penubuhannya, hanya mempunyai 1,000 anggota tentera sahaja. Pada masa Perang Vietnam, mereka cukup berpotensi untuk memaksa Amerika Syarikat untuk meninggalkan negara mereka. Setiap tahun dianggarkan bahawa kerajaan membelanjakan lebih daripada $ 2.5 bilion dalam sektor pertahanan.

8. TENTERA IRAN



Tangga ke-8 milik tentera Iran dengan hampir 523,000 anggota tentera. General John Abizaid telah menyatakan bahawa tentera Iran adalah tentera yang paling kuat di Timur Tengah. Dengan hampir 14 bahagian wilayah, lebih daripada 15 skuad tentera udara dan wujud spekulasi bahawa tidak lama lagi Iran juga akan melangkah dalam pembuatan teknologi nuklear. Komander tertinggi iaitu Ali Khamenei mengakui Iran kini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu kuasa ketenteraan paling strategik dan berkuasa di dunia. Menurut laporan yang dikeluarkankan oleh Stockholm International Peace Research Institute, perbelanjaan ketenteraan dan bajet Iran adalah hampir $ 9,174,000,000 pada tahun 2008. Anggaran yang terbaru dijangkakan lebih tinggi. Walaupun pelbagai sekatan telah dikenakan ke atas Iran dari pihak Amerika Syarikat dan pengikutnya, Iran masih berjaya untuk mengukuhkan peralatan pertahanan dan unit pembuatan senjata.

7. TENTERA TURKI


Tentera Turki menduduki tangga yang ke-7 dengan hampir 666,576 anggota tentera. Pada zaman Perang Korea, tentera Turki telah benar-benar menunjukkan kekuatan dan keupayaan pertahanan yang mereka miliki. Turki juga telah menjadi peserta aktif pada tahun 2001 apabila Al-Qaeda telah terbukti bertanggungjawab bagi pengeboman yang berlaku di Istanbul. Kebanyakan ahli tentera Turki telah diwarisi selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah pada akhir Perang Dunia Pertama. Dua tahun yang lalu Turki telah merekrut lebih hampir 200,000 individu, sekaligus menjadikan ia salah satu tentera yang terbesar di dunia. Di samping itu, kerajaan juga telah membelanjakan hampir $ 160 bilion dalam pelbagai projek pembuatan kereta kebal, helikopter, peluru pepandu, kapal perang dan sebagainya. Pada masa ini, Turki merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem persenjataan yang paling canggih dan menjadikannya salah satu pasukan tentera terkuat di dunia.

6. TENTERA PAKISTAN



Walaupun kakitangan aktif Angkatan Bersenjata Pakistan adalah kurang daripada Turki, tetapi  senarai ini dibuat dengan melihat faktor saiz penambahan keupayaan pertahanan. Faktor ini membolehkan Tentera Pakistan menduduki senarai ke-6. Menurut laporan yang diterbitkan pada tahun 2010 oleh International Institute of Strategic Studies , Pakistan mempunyai hampir 700,000 kakitangan aktif pada tahun itu. Beberapa laporan lain telah menyatakan bahawa bilangan anggota adalah lebih daripada angka yang dilaporkan. Pakistan sentiasa menjadi peserta aktif dalam misi menjaga keamanan dan sentiasa bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tetapi kebanyakan negara terutama negara pertama dunia melihat angkatan tentera Pakistan sebagai satu pasukan yang membimbangkan kerana terdapat fakta bahawa teknologi nuklear Pakistan adalah salah satu yang paling berkesan dan canggih di dunia. 

5. TENTERA INDIA



India mengungguli tangga ke-5 sebagai kasukan tentera yang kuat dengan hampir 1,325,000 anggota tentera yang aktif. Setiap tahun kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi tujuan kemajuan dalam teknologi nuklear dan lain-lain dalam sektor pertahanan. Angka yang tepat tidak diketahui dengan begitu tepat, tetapi telah dilaporkan bahawa setiap tahun kerajaan melabur lebih daripada $ 45 bilion dalam sektor ini. Dari segi bajet pertahanan, India adalah di tempat ke-8. Tentera India adalah salah satu tentera yang paling berpengalaman dan terlatih di Asia. Dengan keupayaan nuklear India merupakan salah satu daripada tujuh negara yang mempunyai kuasa nuklear di dunia. 

4. TENTERA KOREA UTARA



Tentera Korea Utara dikenali dengan nama Tentera Rakyat Korea, walaupun ianya tidak termasuk keseluruhan negara Korea. Ia diasaskan pada tahun 1932 dan sehingga kini masih dipertimbangkan untuk menjadi salah satu negara yang paling kuat kedudukan ketenteraannya di dunia. Kelebihan Korea Utara dari segi pertahanan adalah kerana memiliki peralatan sivil yang canggih, senjata kimia dan pembuatan senjata nuklear. Tambahan pula, negara ini mempunyai keanggota sebanyak hampir 7,700,000 serta tentera udara yang kuat dengan beberapa peluru pepandu yang paling berbahaya di dunia  Korea Utara layak menduduki di tangga ke-4. Angkatan tentera negara ini sesungguhnya telah menimbulkan pelbagai cabaran untuk beberapa negara terkuat di dunia seperti Amerika Syarikat, China, United Kingdom, India dan lain-lain. Tiada siapa yang tahu jumlah sebenar yang telah dibelanjakan ke arah sektor pertahanan tetapi terdapat spekulasi hampir 40% daripada bajet negara diberikan kepada sektor pertahanan.

3. TENTERA RUSSIA


Tangga ke-3 milik negara Rusia yang pernah dinobatkan sebagai negara kuasa terhebat dunia dan berkemungkinan menjadi negara pembuatan senjata terbesar di dunia. Mempunyai anggota tentera  hampir 1,027,000. Pada tahun 2010, International Institute of Strategic Studies melaporkan bahawa bilangan ahli pasukan tentera lebih sedikit daripada angka yang dilaporkan tetapi pada masa yang sama mereka juga telah menyatakan bahawa angka ini akan dikurangkan selepas pembaharuan baru dibuat. Rusia berkemungkinan menjadi negara yang mempunyai kuasa ketenteraan terbesar di dunia dengan simpanan senjata nuklear dan peralatan senjata yang canggih. Dari segi senjata nuklear, Rusia berada di belakang Amerika Syarikat.

2. TENTERA CHINA



Tentera Cina lebih dikenali dengan nama Tentera Pembebasan Rakyat yang diasaskan pada tahun 1927 dan juga tentera terbesar di dunia. Dengan hampir 2,285,000 anggota tentera dan dengan salah satu daripada peluru pepandu yang dilengkapi sistem nuklear, China memang layak di tempat ke-2 dalam senarai. Tentera China juga mengetuai kebanyakan negara dalam penggunaan senjata nuklear, peluru pepandu, kereta kebal, helikopter, kapal tentera laut, senjata kimia dan kenderaan sonik. Bajet yang kerajaan belanjakan untuk sektor pertahanan telah dianggarkan lebih daripada $ 100 bilion, juga tersenarai di tempat ke-2 dari segi bajet pertahanan yang tinggi. Dalam sejarah China peperangan yang tercetus, kejayaan sentiasa dimiliki oleh negara China.

1. TENTERA AMERIKA SYARIKAT (US)
 

Dengan hampir 1,458,219 anggota tentera yang aktif dan memiliki senjata nuklear yang paling maju dan dahsyat, Amerika Syarikat layak memiliki first prize. Dalam tahun 2011, kerajaan telah membelanjakan lebih daripada $ 600 bilion dalam sektor pertahanan dan juga mengambil tempat pertama dari segi perbelanjaan pertahanan yang sangat tinggi. Tidak dilupai bahawa tentera Amerika Syarikat telah didakwa menggunakan senjata nuklear terhadap Jepun. Pembangunan senjata nuklear di Amerika telah bermula pada zaman Perang Dunia ke-2 di bawah arahan Presiden Roosevelt. Dalam tahun 1998, seperti yang ditegaskan oleh pelbagai laporan rasmi, negara ini telah membelanjakan berbilion-bilion dolar dalam pembangunan senjata nuklear. Amerika Syarikat masih merupakan skuad ketenteraan yang paling kuat dan berkuasa di dunia.

1 comment:

  1. Ada sedikit kemusykilan mengenai kekuatan tentera China. Memang China merupakan ekonomi kedua terbesar & paling ramai tentera di dunia tapi tu bukan semestinya China merupakan kuasa tentera kedua terkuat dunia. Sebenarnya kuasa kedua terkuat ialah Russia. China kelima iaitu di belakang UK & Perancis. Lagi satu China tak pernah menghasilkan kereta kebal, kapal perang, kapal selam & pesawat tempur. China cuma beli pesawat lama dari negara Barat, upgrade dan jual semula. Begitu juga dengan kapal perang. Mereka belum ada kemampuan untuk buat sendiri semua tu. Malah teknologi kapal selam China lebih ketinggalan berbanding Taiwan yang mana kapal selam China kena timbul dulu ke permukaan baru boleh lancar misil bebanding kapal selam Taiwan yang boleh lancar misil terus dari dasar laut. Kereta kebal yang China pakai pun sebenarnya dibeli dari Russia.

    ReplyDelete